27 May 2015

KAMPUS ASTRO

  

Apa itu KAMPUS ASTRO ?

Kampus Astro ini merupakan usaha Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mempelbagaikan dan mempertingkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 

Ia adalah perkhidmatan TV Pendidikan melalui Saluran 13 Astro. Perlaksanaan rancangan ini bermula pada 17 Januari 2000 sehingga 2013.


Tugas Guru Penyelaras Bilik Tayang/ Kampus Astro, guru perlu memastikan :

1)   Suis Decoder Astro tidak ditutup (off) melebihi 7 hari. Jika ini berlaku, pihak Astro akan menghentikan siaran. Guru perlu mengaktifkan semula siaran tersebut dengan menghubungi pihak Astro. (Tampal arahan didinding supaya suis dekodar Astro tidak dimatikan)

2) Perlu ada buku rekod penggunaan Kampus Astro. (Rekod ini akan dipantau oleh BTPN)

3) Siaran direkod oleh guru mata pelajaran supaya ia boleh ditonton oleh pelajar sekiranya waktu siaran berbeza dengan waktu subjek tersebut dalam jadual. Ini boleh meningkatkan penggunaan Kampus Astro diperingkat sekolah. (rujuk Pengurusan Kampus Astro untuk mempelajari cara merekod siaran)

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru penyelaras Bilik Tayang / Kampus Astro mengenai Kampus Astro :


       (i)     Laman Rasmi Kampus Astro

      (ii)     Taklimat Kampus Astro Bersama Komuniti
            
      (iii)     Penyelenggaraan Kampus Astro
      
      (iv)     Pengurusan Kampus Astro






PUSAT SUMBER SEKOLAH

Guru Perpustakaan Dan Media boleh mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan pusat sumber pada laman ini



(A)  PENGURUSAN FAIL

 1)  FAIL KUASA PSS 

 2) APA ITU FAIL MEJA

        a) CONTOH FAIL MEJA GPM

 3)  SISTEM FAIL PSS
      (A) 3 JENIS FAIL PSS      (B)  PENGURUSAN PSS

1)   
CARTA ORGANISASI INDUK  &  KERJA PSS

2)   
BUKU PANDUAN PENGURUSAN GPM -2007-

3)   MODUL KHIDMAT BANTU PSS

4)   BUKU PANDUAN PENGURUSAN PSS ABAD KE 21

4)  NILAM 

     1)   PROGRAM NILAM YANG DITAMBAH BAIK

     2)   TEMPLATE NILAM

     3)   Panduan Nilam Yang Ditambahbaik



5)   LITERASI MAKLUMAT

6)   BILIK BBM

7)   CARTA/REKOD-REKOD /JADUAL YANG PERLU ADA DALAM PSS



  C) PROJEK INOVASI/ KHAS

   1)  TV PSS

       i)  Cara Mewujudkan TV PSS 
   
       ii) Cara Daftar di UTUBE



(D) PEMILIHAN TOKOH NILAM


1)   BAHAN-BAHAN


2)   SOALAN DAN PEMARKAHAN



(E)  PENGURUSAN DAN PENGKELASAN BAHAN


1)   KARYA AGUNG

2)   KARYA BESAR

3)   PENGURUSAN BAHAN PUSAT SUMBER

      i) Cara Proses Glob

4)  PELUPUSAN BUKU

5)   JENIS BAHAN BACAAN

6)   eBOOK


(F)  TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1)   KAMPUS ASTRO


2)   MBMMBI




3)   EDUWEBTV



(H)  AKTIVITI PSS

1)    RESENSI BUKU



(J)  INSTRUMEN PEMANTAUAN BTPN

1)   PEMANTAUAN PEMBESTARIAN 2017

2)  PSS DAN NILAM

3)  TEKNOLOGI PENDIDIKAN

4)  PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN MBMMBI

5)  INSTRUMEN PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER PERINGKAT KEBANGSAAN


(K) PEKELILING

1) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/2005, PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GPM SEKOLAH(GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH)

2) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/2005-MEMANTAPKAN BUDAYA MEMBACA DI KALANGAN MURID SEKOLAH

3) SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8TAHUN 2012


(L) SUDUT DI PSS

1)    Cadangan 1

FAIL KUASA PSS


  • FAIL KUASA PSS merupakan nadi utama dalam pengurusan sesebuah Pusat Sumber Sekolah (PSS). 
  • Ia merupakan catatan tugas yang dilaksanakan oleh Guru Penyelaras Media (GPM) untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam pengurusan PPS.


  • FAIL KUASA PSS yang dilampirkan di dalam blog ini adalah sekadar panduan atau rujukan kepada GPM sahaja.
  • Amalan menyalin dan mencetak dari contoh yang diberi adalah salah. 
  • GPM perlu mengemaskini setiap bab terlebih dahulu agar isi kandungannya sama dengan pengurusa Pusat Sumber Sekolah masing-masing. 

12 May 2015

Bengkel Verifikasi Data i-NILAM Sekolah-Sekolah Ahli PKG Tok Jiring 2015





         Bengkel Verifikasi Data i-NILAM Sekolah-Sekolah Ahli PKG Tok Jiring 2015

Tarikh : 07 Mei 2015 ( Khamis )
Tempat : Bilik Seminar, PKG Tok Jiring
Peserta : Guru NILAM Sekolah-sekolah Ahli PKG Tok Jiring

Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Mata Pelajaran Matematik dan Sains Tahun 4








          Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Mata Pelajaran Matematik dan Sains Tahun 4

Tarikh : 30 April 2015 ( Khamis )
Tempat : Bilik Seminar, PKG Tok Jiring
Peserta : Guru Mata Pelajaran Matematik atau Sains Tahun 4 Sekolah Ahli PKG Tok Jiring.

09 May 2015

KARYA AGUNG


    
·         KARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. 

·         Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri.

·         Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.

·         Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu.

·         Di antara contoh karya Agung seperti :
i)             Hikayat Hang Tuah
ii)            Hikayat Abdullah
iii)           Hikayat Raja-Raja Pasai
iv)           Sulalalus Sulatin
v)            Hikayat Inderaputra
vi)           Hikayat Amir Hamza





Keterangan Lanjut Mengenai Karya Agung boleh klik pada laman berikut :







CONTOH LAIN BAGI KARYA AGUNG


KARYA AGUNG ENGLISH

1.           Snow White and The Seven Dwarfts - The Grimm Brothers
2.           Cinderella - The Grimm Brothers
3.           Little Red Riding Hood - The Grimm Brothers
4.           Rumpelstiltskin - The Grimm Brothers
5.           Sleeping Beauty - The Grimm Brothers
6.           Repunzel - The Grimm Brothers
7.           Beauty and The Beast - The Grimm Brothers
8.           Hansel and Gretel - The Grimm Brothers
9.           Puss in the Boot - The Grimm Brothers
10.         Jack and The Beanstalk - The Grimm Brothers
11.         Alice in Wonderland - Caroll Lewis
12.         Pinnochio - Carlo Coloddi
13.         Ugly Ducklings - Han Christian Anderson
14.         The Emperor’s New Clothes - Han Christian Anderson
15.         The Red Shoes - Han Christian Anderson
16.         The Hunchback of Notre Damme - Han Christian Anderson
17.         Pied Piper of Hamelin - Han Christian Anderson
18.         Bahan Bacaan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Karya Klasik
19.         Tuhfat An-Nafis
20.         Hikayat Merong Mahawangsa
21.         Hikayat Malim Deman
22.         Hikayat Laila Majnun
23.         Hikayat Raja Donan
24.         Hikayat Malim Deman
25.         Hikayat Awang Sulung Merah Muda
26.         Hikayat Amir Hamzah
27.         Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah

KARYA AGUNG BAHASA MELAYU
28.         Si Tenggang
29.         Bawang Putih Bawang Merah
30.         Pak Pandir
31.         Hikayat Hang Tuah
32.         Batu Belah Batu Bertangkup
33.         Pak Kaduk
34.         Pak Belalang
35.         Puteri Gunung Ledang
36.         Mahsuri
37.         Mat Jenin
38.         Sejarah Melayu
39.         Bendahara Tun Perak
40.         Sultan Mahmud Mangkat diJulang
41.         Tun Fatimah
42.         Tun Mutahir
43.         Hikayat Si Luncai

02 May 2015

PENYELENGGARAAN KAMPUS ASTRO

Kampus Astro tidak berfungsi. Apa yang perlu dilakukan ?

Sekolah yang mempunyai masalah teknikal atau pengaktifan semula kad Astro sila hubungi : talian 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada : 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ). 

Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan mungkin perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut. 

Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:

1. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :
Telefon 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ) pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.

2. Remote rosak :
Buat surat bertandatangan Guru Besar @ Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro.
Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333

3. Kad Astro hilang:
Buat laporan polis kehilangan kad, kepilkan bersama surat bertandatangan Guru Besar @ Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro (Telefon 03-95438100) . Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333

4. Mengalih piring ke bangunan baru:
Dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan cabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar @ Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro. Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333

Diharapkan langkah diatas dapat membantu pihak sekolah dalam mengaktifkan kembali Kampus Astro.