Apa
itu KAMPUS ASTRO ?
Kampus
Astro ini merupakan usaha Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam
mempelbagaikan dan mempertingkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Ia adalah
perkhidmatan TV Pendidikan melalui Saluran 13 Astro. Perlaksanaan rancangan ini
bermula pada 17 Januari 2000 sehingga 2013.
Tugas Guru Penyelaras Bilik Tayang/ Kampus Astro, guru perlu memastikan :
1) Suis
Decoder Astro tidak ditutup (off)
melebihi 7 hari. Jika ini berlaku, pihak Astro akan menghentikan siaran. Guru
perlu mengaktifkan semula siaran tersebut dengan menghubungi pihak Astro.
(Tampal arahan didinding supaya suis dekodar Astro tidak dimatikan)
2) Perlu ada
buku rekod penggunaan
Kampus Astro. (Rekod ini
akan dipantau oleh BTPN)
3) Siaran direkod oleh
guru mata pelajaran supaya ia boleh ditonton oleh pelajar sekiranya waktu
siaran berbeza dengan waktu subjek tersebut dalam jadual. Ini boleh
meningkatkan penggunaan Kampus Astro diperingkat sekolah. (rujuk Pengurusan Kampus Astro untuk mempelajari cara merekod siaran)
Bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru penyelaras Bilik Tayang / Kampus Astro mengenai Kampus Astro :
(ii) Taklimat Kampus Astro Bersama Komuniti
(iii) Penyelenggaraan Kampus Astro
(iv) Pengurusan Kampus Astro