24 July 2018

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR DI ENGLISH THEME PARK (ETP) KUALA BERANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU


TARIKH : 23 JULAI 2018 (ISNIN)
MASA : 08.00 PAGI HINGGA 02.30 PETANG
TEMPAT : ENGLISH THEME PARK KUALA BERANG, HULU TERENGGANU

BENGKEL PENGISIAN DAN PEMURNIAN ITEM SSQS 2018



TARIKH : 22 JULAI 2018 (AHAD)
MASA : 08.30 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : BILIK SEMINAR 2, PKG TOK JIRING

17 July 2018

Smart School Qualification Standards (SSQS)



PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).
Penarafan SSQS di peringkat PKG Tok Jiring akan bermula pada 16 Julai hingga 25 Ogos 2018
Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah mengikut negeri masing-masing seperti berikut:

ENGLISH DAY ETP KUALA TERENGGANU KALI 1/2018


TARIKH : 16 JULAI 2018 (ISNIN)
MASA: 08.30 PAGI - 04.30 PETANG
TEMPAT : ENGLISH THEME PARK KUALA TERENGGANU, PKG TOK JIRING

16 July 2018

KEMPEN HOUR OF CODE 2018


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), telah melancarkan kempen Hour of Code yang akan dilaksanakan kesemua sekolah bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018.  Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi.

Hour of Code” (HOC) adalah satu pergerakan global diterajui oleh code.org yang memfokuskan pendedahan awal kepada murid berkaitan coding dan pengaturcaraan selama satu jamKempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (semakan) dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains di sekolah.

Klik pautan untuk maklumat selanjutnya:

15 July 2018

BENGKEL PERMURNIAN PROGRAM BAHASA INGGERIS ETP KUALA TERENGGANU KALI 1/2018


TARIKH : 12 DAN 15 JULAI 2018 (KHAMIS DAN AHAD)
MASA : 08.30 PAGI - 04.30 PETANG
TEMPAT : ENGLISH THEME PARK KUALA TERENGGANU, PKG TOK JIRING

12 July 2018

09 July 2018

DIGITAL COMPETENCY SCORE (DCS) 2018




Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Fasa 1 penilaian ini akan dilaksanakan pada 16 Jun – 25 Julai 2018 (Peringkat PKG TOK JIRING).




08 July 2018

LAWATAN PENANDA ARAS ICT DAN PSS KE SK. SUNGAI LEREK DAN SK. MANGKOK, SETIU, TERENGGANU


TARIKH : 04 JULAI 2018 (RABU)
MASA : 07.30 PAGI - 03.30 PETANG
TEMPAT : SK. SUNGAI LEREK DAN SK. MANGKOK,SETIU, TERENGGANU
TEMPAT BERKUMPUL : PKG TOK JIRING