Apabila menghadiri mesyuarat atau taklimat, perkara paling utama adalah mencatat minit curai. Ini penting agar maklumat yang diperolehi disebar luas kepada staf. Namun masalah yang sering dihadapi oleh staf adalah untuk mencatat minit tersebut dan menyebar luas maklumat dalam masa yang singkat.
Oleh itu, minit curai atas talian dihasilkan bagi memudahkan catatan minit dibuat dan disebarluas kepada semua staf.
PENGGUNAAN
Minit Curai atas talian adalah menggunakan Google Form. Di mana staf akan mengisi maklumat yang diterima semasa mesyuarat dan taklimat menerusi pautan yang diberi. Sebaik saja semua maklumat diisi, borang tersebut akan dihantar. Kemudian laporan dalam format pdf terus dihasilkan dan dihantar ke email PKG.
Ini memudahkan semua staf menerima maklumat terkini dengan pantas dan mudah. Ia boleh dikongsi menerusi Whatapps dan Telegram. Oleh itu, ia tidak perlu dicetak dan menjimatkan kos. Tambahan pula, pengisian boleh dibuat hanya menggunakan telefon bimbit. Oleh itu, tiada lagi alasan atau kekangan dalam menyediakan minit curai. Apa yang membanggakan minit curai atas talian ini turut diguna pakai oleh sekolah ahli PKG Tok Jiring.
ANTARA MUKA
i- BORANG MINIT CURAI
2) LAPORAN