28 December 2011

Khidmat Bantu PSS PKG Tok Jiring 2011


Khamis, 28 Disember 2011 telah berlangsungnya khidmat bantu PSS di PKG Tok Jiring jam 9.oo pagi. Antara aktiviti yang berlaku pada hari tersebut adalah gotong-royong mengalihkan rak baru di dalam PSS dan juga menyusun buku-buku ke rak tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat alam khidmat bantu ini.

26 December 2011

Gotong-Royong PKG TJ Akhir Tahun 2011


Tarikh : 26 Disember 2011
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kaunter PKG Tok Jiring

12 December 2011

MESYUARAT SKT BTPN-PKG TERENGGANU


Mesyuarat SKT BTPN-PKG Terengganu untuk 2012 telah dilaksanakan di Crown Garden, Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pegawai BTPN dan PKG Terengganu. Antara lain mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan SKT 2011 bagi BTPN dan PKG Terengganu. Di samping itu perancangan SKT 2012 juga telah dibuat bagi persediaan kepada program dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

kredit berita : http://btpntrg.net/btpntweb/

MESYUARAT PENYELARASAN SKT PKG TERENGGANU



Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PKG Terengganu pada 22-23 November 2011 bertempat di PKG Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dikendalikan oleh Ketua Pasukan Penyelarasan SKT PKG Terengganu iaitu Encik Mazli bin Saad dengan dibantu oleh Puan Roshaliza binti Wahab. Selain daripada itu, PTP PKG lain juga terlibat iaitu Encik Mat Sabri bin Ismail, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad dan Puan Syuhairah bt Mohamed Sani. Encik Amir Hamzah pula diberi tugas untuk membuat rumusan mengenai penggunaan premis PKG. Turut hadir adalah Ketua Unit HEPKG dan pegawai UPHEPKG.

kredit : Berita: UPHEPKG

03 November 2011

01 November 2011

Lawatan SK Teluk Gong, Kelang Selangor




tarikh : 30hb Oktober 2011
hari : Ahad
tempat : ETPKT PKG Tok Jiring, Kuala Terengganu

02 October 2011

Makluman SPPICTS Terkini


Dimaklumkan bahawa pada 11 Sept - 1 Okt 2011, SPPICTS akan memulakan kutipan data. Walau bagaimanapun, pada masa ini terdapat sedikit masalah teknikal dan sedang diambil tindakan. Kutipan akan bermula sepenuhnya mulai Rabu, 14 Sept 2011 dan akan tamat sepenuhnya pada 8 Okt 2011.

PERHATIAN !!!!!!
..tarikh pengisian data dilanjutkan ke 14 Oktober 2011.

Pengarah BTP Baru


Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Rosnani Binti Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari di lantik sebagai Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 20 September 2011.

Tahniah dan Syabas

Staf PKG Tok Jiring

BENGKEL PEMANTAPAN i NILAM PKGTJ 2011



tarikh : 2 Oktober 2011
tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Tok Jiring

29 September 2011

Lawatan GPM-GPB PKG Kuala Ketil ke ETPKT PKGTJ2011



Satu lawatan dari PKG Kuala Ketil Kedah ke PKG Tok Jiring iaitu pada Khamis, 29 September 2011. Rombongan diketuai oleh En Wan Azman bin Wan Ngah , PTP 1 PKG Kuala Ketil bersama-sama dengan Penolong Pegawai Pelajarn Daerah Baling/Sik dan juga Wakil Majlis Guru Besar Zon Kuala Ketil dan Guru-guru penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan Media Zon Kuala Ketil.

26 September 2011

Taklimat dan Pengambilan Bahan MBMMBI Menengah Rendah 2011




Satu taklimat pengambilan bahan MBMMBI Menengah Rendah telah diadakan pada 26 September, Isnin di Bilik Duyong, BTPN Terengganu yang melibatkan 5 buah PKG Daerah Marang dan Daerah Kuala Terengganu Utara. PKG yang terlibat adalah PKG Marang, PKG Bukit Payong, PKG Mengabang Telipot, PKG Tok Jiring dan PKG Manir. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit ICT, En Azman bin Othman.

21 September 2011

Mesyuarat Pengurusan BTPNT-PKG Bersama Pengerusi-pengerusi JKPA Terengganu 2011


Mesyuarat BTPN-PKG Bersama Pengerusi-Pengerusi PKG Terengganu pada 18 - 20 September 2011 di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

28 August 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan




Warga PKG Tok Jiring ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.


01 August 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Warga PKG Tok Jiring ingin mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di mana saja berada, semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.

26 July 2011

TARIKH BARU PENUTUPAN PENARAFAN SSQS

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum penarafan SSQS sedang berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum ini. Memandangkan portal SSQS menghadapi masalah akibat digodam, maka pihak sekolah menghadapi kesukaran melaksanakannya.
Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan menetapkan untuk melanjutkan tempoh penarafan mengikut TARIKH BARU seperti berikut:


3.1 ZON SABAH/WP LABUAN/SARAWAK
13 Jun- 17 Julai 2011 (Tarikh awal: 13 Jun-3 Julai 2011)

3.2 ZON UTARA/TIMUR
4 Julai - 30 Julai 2011 (Tarikh awal: 4 Julai-24 Julai 2011)

3.3 ZON TENGAH/SELATAN
25 Julai - 20 Ogos 2011(Tarikh awal: 25 Julai - 14 Ogos 2011)

14 July 2011

Lawatan Penanda Aras BTPNT ke Perak dan KL


Lawatan Penanda Aras BTPN Terengganu ke Perak dan PKG Sentul, KL pada 10-11 Julai 2011. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan dan disertai oleh PTP negeri Terengganu seramai 13 orang. Rombongan menginap di BTPN Perak pada 10hb dan diberi taklimat ringkas oleh wakil BTPN Perak dan Ketua Penolong Pengarah , En Mohamad Yusof bin K. Mohamad pada 11hb Jul sebelum bergerak ke beberapa PKG sekitar Perak.Ahli rombongan telah melawat Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak iaitu PKG Seberang Perak, PKG Bota (PKG Terbaik), PKG Air Tawar dan PKG Seri Manjung. Pada 12hb pula, rombongan telah melawat ke PKG Tapah Road dan PKG Sungkai sebelum berangkat ke PKG Sentul, Kuala Lumpur. Ahli rombongan kembali semula ke BTPN Terengganu pada 13hb Julai 2011. Tujuan lawatan ini ialah memberi pengalaman dan pendedahan kepada PTP PKG bagi memantapkan pengurusan dan perkhidmatan dalam memperkasa PKG masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada PKG-PKG yang dilawati atas layanan dan sambutan yang sangat memuaskan.

07 July 2011

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS HULU TERENGGANU 2011


3 Julai 2011, Hulu Terengganu– BTPN Terengganu dibawah Unit Pusat Sumber telah mengadakan Khidmat Bantu di 12 buah sekolah yang terpilih di Hulu Terengganu.Khidmat bantu yang berlangsung dari 3 Jul dan majlis penutupnya berakhir pada 6 Julai turut disertai oleh PTP 2 dari setiap PKG Terengganu dan beberapa Guru Perpustakaan Media dari sekolah-sekolah yang terdekat.Program ini bertujuan membantu PSS Daerah Hulu Terengganu untuk meningkatkan lagi penggunaan PSS, pengurusan rekod, keceriaan dan susun atur perlatan serta program bacaan (NILAM). Secara amnya program khidmat bantu PSS di sekolah ini merupakan pemangkin dan kepada program peningkatan akademik murid di sekolah berkenaan. Majlis Penutup telah berlangsung di SMA Mahmudiah Hulu Terengganu.

01 July 2011

MESYUARAT PENCAPAIAN SKT SETENGAH TAHUN 2011


Mesyuarat Pencapaian SKT Pertengahan Tahun BTPN Terengganu dan PKG Terengganu telah diadakan pada 26-28 Jun 2011 di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua Pegawai BTPN Terengganu dan PKG Terengganu.

kredit foto dan berita : UIICTKP

KURSUS KEPIMPINAN TRANSFORMASI BTPN-PKG 2011




Bermula 20 - 22 Jun 2011, telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Transformasi Pegawai BTPN-PKG Negeri Terengganu yang telah dijalankan di Sutra Beach Resort, Setiu, Terengganu. Kursus ini berfokuskan kepada kepimpinan dalam organisasi di mana ucap utama KPP pada malamnya menjurus kepada komitmen dan halatuju sebenar dengan halaju dan matlamat yang sama untuk mencapai visi dan misi BTPN Terengganu.

kredit : btpntrg.net
foto : anitapkgtj

17 June 2011

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS


Tarikh : 15-16hb Jun 2011 (Rabu-Khamis)
Tempat : SK Paya Bunga, Kuala Terengganu

14 June 2011

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT SEMPENA PESTA BUKU TERENGGANU 2011


TARIKH : 13HB JUN 2011 (ISNIN)
TEMPAT : GALERI A, TTC
ANJURAN : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI TERENGGANU
KERJASAMA : BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

12 June 2011

08 June 2011

Persiapan Booth BTPNT di Pesta Buku 2011


tarikh : 8hb Jun 2011
hari : Rabu
masa : 2.30 petang
tempat : Terengganu Trade Centre (TTC)

Khidmat Bantu PSS KoMstar



tarikh : 8hb Jun 2011
hari : Rabu
tempat : Perpustakaan,SMK Kompleks Seberang Takir

LAWATAN PENANDA ARAS BTPN KEDAH




BTPN Kedah telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di BTPN Terengganu pada 1 hingga 3 Jun 2011. Lawatan yang diketuai oleh Tn Hj Hashim bin Ab Rahman telah juga disertai oleh pegawai dan staf sokongan BTPN Kedah dan PKG Negeri Kedah. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan oleh YM Tengku Muhammad Abdussalam bin Tengku Awang (Ketua Unit UPIM BTPN Terengganu). Ahli-ahli rombongan juga telah melawat English Theme Park Kuala Terengganu. Taklimat berkaitan ETPKT ini disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Tok Jiring, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad. Peserta-peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan melawat beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan Pasar Kedai Payang.

kredit :btpntrg.net

31 May 2011

LAWATAN PKG GELANGGI DAN PKG TEMIN



PKG Gelanggi & PKG Temin, Pahang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di BTPN Terengganu pada 22 – 24 Mei 2011. Lawatan telah disertai oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah ahli PKG berkenaan. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En. Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan BTPN Terengganu). Selepas sesi di BTPN Terengganu, ahli-ahli rombongan telah melawat English Theme Park Kuala Terengganu di PKG Tok Jiring. Taklimat berkaitan ETP KT ini telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Tok Jiring, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad. Peserta-peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan mengunjungi beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan membeli-belah di Pasar Kedai Payang.

kredit berita :UIICTKP