23 December 2009

Lawatan Timbalan Pengarah BTP


Pada 1hb Disember 2009, satu lawatan kerja Timbalan Pengarah BTP, Pn Hawa Binti Said ke PKG Tok Jiring adalah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat lagi projek English Theme Park dan bagaimana program ini dijalankan serta keberkesanannya terhadap pelajar-pelajar sekolah ahli, sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu dan masyarakat sekitar.

Lawatan Penanda Aras BTPN Perak

Pada 16 Disember 2009 diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak,Tn Hj Mohamad Razali bin Hj Bakar.Ahli rombongan seramai 60 orang bertujuan untuk melihat projek inovasi ETP dan juga untuk penambahbaikan PKG dan BTPN Perak amnya.

Program A Moment In English 2009



Program A Moment In English yang melibatkan 25 pelajar-pelajar dari kelas drama, English Theme Park telah menyertai aktiviti tersebut dengan persembahan teater muzikal bertajuk Little Red Riding Hood yang diketuai oleh fasilitator, Pn Hasbe Bakar pada 16 November 2009 di Taman Budaya Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Program Membaca 1 Malaysia



Pada 26 Oktober 2009, satu program anjuran BTPN Terengganu iaitu Program Membaca 1 Malaysia telah diadakan di SK Kompleks Seberang Takir. Ucapan perasmian diberi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, YB Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Beliau seterusnya merasmikan majlis tersebut. Beberapa acara diadakan seperti tarian, membaca sajak, membaca buku, kuiz di booth unit PSP, BTPN dan juga aktiviti membaca di sekitar sekolah tersebut.

Lawatan Penanda Aras BTPN Johor



Pada 7hb Oktober 2009, satu lawatan Penanda Aras yang diketuai oleh En Abdul Hamid bin Mohamad ke PKG Tok Jiring bersama-sama dengan 60 pembantu tadbir setiap PKG di negeri Johor.

Lawatan dari Media Prima -8TV


Pada 2hb Ogos 2009, satu lawatan pengambaraan aktiviti ETP bagi montaj rancagan ZOOM Malaysia telah diadakan di PKG Tok Jiring. Rombongan ini bertujuan untuk merakam aktiviti-aktiviti English Theme Park yang dijalankan di PKG Tok Jiring untuk dimasukkan ke dalam program Zoom Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah Chain Story Telling dan Video Conferencing untuk aktiviti Art Attack bersama-sama dengan murid-murid di SK LKTP Belara, dimana sekolah ini adalah sekolah ahli yang menyertai aktiviti ETP tetapi berada jauh dari PKG dan tidak dapat menyertai bersama-sama namun melalui video conferencing, murid-murid boleh mengikuti aktiviti yang dijalankan di PKG Tok jiring melalui rangkaian Skype. Manakala Pertandingan Chain Story telling telah disertai oleh dua buah sekolah menengah yang terpilih.

Majlis Pelancaran English Theme Park 2009

Pada 25 Jun 2009, majlis Pelancaran English Theme Park telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, YB Ahmad Razif bin Abdul Rahman.

Lawatan Penanda Aras dari Pulau Pinang


Pada 3hb Mei 2009, satu lawatan Penanda Aras dari SK Sg Bakap, Pulau Pinang telah datang ke PKG Tok Jiring seramai 50 orang yang di ketuai oleh Pn Sarimah binti Sudin,guru besar SK Sg Bakap dan terdiri daripada guru-guru Perpustakaan Media. Kedatangan rombongan ke PKG Tok Jiring adalah untuk melawat projek Inovasi English Theme Park dan persekitaran PKG .

29 July 2009

Kursus Jomla!!!



Kursus Jomla! Membina portal Pusat Kegiatan Guru Daerah Kuala Terengganu yang dijalankan di SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu selama 2 hari.

hari : Rabu dan Khamis
tarikh : 29 hingga 30 Julai 2009
masa : 9.00 pg- 4.00 ptg
tempat : Pusat Hypermedia, SMK Seri Nilam

14 June 2009

02 June 2009

Bengkel Networking Prasarana ETP Kuala Terengganu


TARIKH :2 JUN 2009
MASA : 10 PG
HARI : SELASA
TEMPAT : PKG TOK JIRING
YANG TERLIBAT :
  1. MOHD RASIDI AL MUNIR BIN AZIZ (PKG RAJA)
  2. MOHD AZWI BIN JUSOH (PKG MENGABANG TELIPOT)
  3. AZMI BIN ISA (PKG PEROH)
  4. MOHD APANDI OMAR BAKI (PKG SERI DUNGUN)
  5. CIK ANITA @AZIZA MOHAMAD (PKG TOK JIRING)

26 May 2009

Kursus Pentadbiran Pejabat 2009


hari : Ahad - Khamis
tarikh : 17-21hb Mei 2009
Tempat : Sudara Beach Resort, Tok Bali, Kelantan
Staff PKG Tok Jiring yang menghadiri kursus ini ialah Pn Fatma binti Mamat

24 May 2009

Kursus Suai Kenal untuk Pegawai dan Kakitangan Baru BTP dan BTPN Siri 1/09

hari : Isnin- Khamis
tarikh : 18-21 Mei 2009
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.
Peserta dari Terengganu :
  1. EN. YUSOF BIN MIS(PKG BUKIT BESAR)
  2. CIK ANITA@AZIZA MOHAMAD(PKG TOK JIRING)
  3. EN. ABDUL RAZAK BIN MANSOR(PKG BUKIT BESI)
  4. PN SITI AISAH BINTI ZAKARIA(BTPNTRG)

lawatan kerja ke BTP KL di Bukit Kiara

bilik editing

pusat sumber

bilik Pengarah BTP, Yg Bhg Datin Dr Siti Zaleha binti Abdullah Sani

12 May 2009

ETP Bistro


-guru-guru boleh melayari internet disini kerana kami menyediakan kemudahan WIFI.
-murid-murid boleh menggunakan ETP Bistro sebagai tempat membaca buku, surat khabar, majalah dan bahan2 bacaan yang lain.

sesi pelepasan ikan di kolam ETP



.....oleh Pn Fatma, Cik Anita, Cik NAjihah dan Cik Norbaizura...
di kolam ETP bersebelahan Memory LAne..
sebanyak 2o ekor..

Bengkel Verifikasi Nilam 2009

Hari : Selasa
Tarikh : 12 Mei 2009
Tempat : PKG Tok Jiring

05 May 2009

Lawatan Wakil Exxon Mobil

date : 4 hb April 2009
day : monday
venue : PKG Tok Jiring

Mr Liam M Mallon
Mr Huchwa Thompson



English Theme Park KualaTerengganu














03 May 2009

Kem Bina Pasukan di Kuala Tahan 2009

26 hingga 29 April. Kursus Bina Pasukan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Terengganu selama empat hari bertempat di Woodland Resort Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang Darul Makmur telah dianjurkan oleh BTPN Terengganu.