23 December 2009

Program Membaca 1 Malaysia



Pada 26 Oktober 2009, satu program anjuran BTPN Terengganu iaitu Program Membaca 1 Malaysia telah diadakan di SK Kompleks Seberang Takir. Ucapan perasmian diberi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, YB Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Beliau seterusnya merasmikan majlis tersebut. Beberapa acara diadakan seperti tarian, membaca sajak, membaca buku, kuiz di booth unit PSP, BTPN dan juga aktiviti membaca di sekitar sekolah tersebut.