25 February 2009

Bengkel Penyediaan Dokumen dan Folio Tokoh Nilam




24 Februari 2009. Bengkel yang dipengerusikan oleh En Mat Salleh bin Said ini berlangsung di PKG Durian Burong. Satu taklimat ringkas kepada guru-guru dan juga pemenang Tokoh Nilam peringkat Kuala Terengganu telah dijalankan. Agenda yang dibincangkan antaranya ialah kaedah pemilihan Tokoh Nilam dan juga antara panduan-panduan untuk calon-calon yang menjalankan pengujian semasa proses pemilihan Tokoh Nilam Negeri Terengganu. Selain daripada itu, majlis disudahi dengan penyampaian sijil kepada pemenang-pemenang Tokoh Nilam Daerah Kuala Terengganu.

22 February 2009

Kelas Drama


22 Februari 2009. Bermula pada pukul 3.30 petang, kelas drama yang diterajui oleh Puan Hasbee telah bermula hari ini. Seramai 23 pelajar dari 7 sekolah menengah telah terpilih untuk menyertai aktiviti ini pada tahun ini. Di antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Sains Sultan Mahmud, SMK Bukit Guntong, SMK Ibrahim Fikri, SMK Tg Mizan, SMK Belara dan SMK Mengabang Telipot.

18 February 2009

17 February 2009

Taklimat Penyelarasan ICT Kali-1


17hb Februari 2009. 2.00ptg. Satu taklimat di PKG Tok Jiring untuk penyelarasan ICT sekolah-sekolah ahli telah dijalankan hari ini. Perkara yang dibincangkan adalah tentang perlantikan guru ICT yang baru sekiranya penyelaras tersebut bertukar sekolah. Selain itu juga, perkara-perkara lain adalah seperti pengumpulan data2 ICT sekolah ahli dan pengisian borang instrumen untuk tahun 2009. Taklimat diberi oleh Cik Anita Mohamad (PTP 2 PKG Tok Jiring).

16 February 2009

Lawatan Kerja Tuan Pengarah BTP

Tajuk : Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Ke PKG Tok Jiring
Hari : Isnin
Tarikh : 16 Februari 2009
Tempat : PKG Tok Jiring

16 Februari 2009. Satu Lawatan Kerja dari Tuan Pengarah BTP, Y. Bhg. Tuan Haji mohd Adenan bin Deraman ke PKG Tok Jiring telah berlangsung pada hari ini. Tetamu tiba ke PKG Tok Jiring pada pukul 10.00 pg dan disambut mesra oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Kuala Terengganu. Setiba beliau ke PKG, beliau dijemput untuk menjamu selera di bilik mesyuarat dengan jaudah nasi dagang. Agenda seterusnya, setelah selesai makan, satu taklimat ringkas berkaitan PKG Tok Jiring telah disampaikan oleh En Rosdi bin Hj. Hashim dan sejurus selepas itu, Pn Hjh Hamidah Hashim iaitu Pengerusi Pengurusan PKG Tok Jiring telah memberi sedikit ucapan alu-aluan. Taklimat English Theme Park(ETP) pula telah disampaikan oleh Cik Juraida binti Umat, dengan penerangan lebih lanjut tentang program ETP yang akan dijalankan pada 2009 ini. Akhir seklai, pengerusi majlis telah menjemput Tuan Pengarah untuk memberi sepatah dua kata sempena lawatan beliau ke PKG ini.
Selesai saja taklimat, Tuan Pengarah dibawa melawat sekitar tempat projek ETP.












15 February 2009

Bengkel English Theme Park

Hari : Ahad
Tarikh : 15hb Februari 2009
Tempat : Bilik ETP PKG Tok Jiring


Bengkel Anak Terengganu Cemerlang

Tajuk : Bengkel Penulisan Buku Anak Terengganu Cemerlang
Hari : Ahad
Tarikh : 15hb Februari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Tok Jiring

12 February 2009

Taklimat Penyelarasan Lawatan Pengarah BTP ke PKG Tok Jiring



12hb Februari 2009. Satu Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Pengarah BTP ke PKG Tok Jiring telah diadakan pada hari ini. Perkara yang dibincangkan adalah tentang aturcara dan ahli jawatankuasa yang akan menguruskan persiapan tempat, ucapan, dokumentasi dan menu makanan pada hari berkenaan iaitu pada 16hb Feb, hari Isnin ini. Taklimat ini telah diberi oleh Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan (Ketua Unit) dan En Rosdi bin Hj. Hashim.

11 February 2009

Program Pemilihan Tokoh Nilam 2009

Tajuk : Program Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kuala Terengganu 2009
Hari : Selasa dan Rabu
Tarikh : 10-11hb Februari 2009
Tempat : PKG Tok Jiring

HARI KEDUA
pendaftaran peserta dan guru pengiring

calon lisan yang menunggu giliran

hakim lisan sekolah menengah

hakim lisan sekolah rendah bandar

sesi lisan sekolah rendah luar bandar

kiraan markah untuk pemilihan pemenang

majlis penyampaian hadiah dan sijil..

---terima kasih daun keladi---
edited by AnitaPKGTTJ

09 February 2009

Mesyuarat Sudut Pameran dan Nilam


9 Februari 2009. Semua PTP Daerah Kuala Terengganu telah berkampung di PKG Tok Jiring untuk satu lagi mesyuarat yang berkaitan dengan sudut pameran di BTPN. Antara yang diperbincangkan ialah bagaimana untuk menghias dan memenuhkan ruang pamer(kiosk) tersebut dengan profil PKG, aktiviti-aktiviti dan kejayaan sekolah ahli, data sekolah ahli dan foto-foto projek di setiap PKG Daerah Kuala Terengganu.

Taklimat seterusnya adalah berkenaan tentang pemilihan tokoh Nilam peringkat Daerah 2009. Aktiviti ini akan berlangsung pada esok hari iaitu 10hb Februari selama 2 hari di PKG Tok Jiring. Antara yang dibincangkan ialah tentang persiapan tempat, pemilihan hakim, perjalanan aktiviti , sijil untuk setiap peserta dan hadiah untuk 16 pemenang. Mesyuarat bagi Pemilihan Tokoh Nilam ini berjalan dengan lancar.