09 February 2009

Mesyuarat Sudut Pameran dan Nilam


9 Februari 2009. Semua PTP Daerah Kuala Terengganu telah berkampung di PKG Tok Jiring untuk satu lagi mesyuarat yang berkaitan dengan sudut pameran di BTPN. Antara yang diperbincangkan ialah bagaimana untuk menghias dan memenuhkan ruang pamer(kiosk) tersebut dengan profil PKG, aktiviti-aktiviti dan kejayaan sekolah ahli, data sekolah ahli dan foto-foto projek di setiap PKG Daerah Kuala Terengganu.

Taklimat seterusnya adalah berkenaan tentang pemilihan tokoh Nilam peringkat Daerah 2009. Aktiviti ini akan berlangsung pada esok hari iaitu 10hb Februari selama 2 hari di PKG Tok Jiring. Antara yang dibincangkan ialah tentang persiapan tempat, pemilihan hakim, perjalanan aktiviti , sijil untuk setiap peserta dan hadiah untuk 16 pemenang. Mesyuarat bagi Pemilihan Tokoh Nilam ini berjalan dengan lancar.