25 February 2009

Bengkel Penyediaan Dokumen dan Folio Tokoh Nilam




24 Februari 2009. Bengkel yang dipengerusikan oleh En Mat Salleh bin Said ini berlangsung di PKG Durian Burong. Satu taklimat ringkas kepada guru-guru dan juga pemenang Tokoh Nilam peringkat Kuala Terengganu telah dijalankan. Agenda yang dibincangkan antaranya ialah kaedah pemilihan Tokoh Nilam dan juga antara panduan-panduan untuk calon-calon yang menjalankan pengujian semasa proses pemilihan Tokoh Nilam Negeri Terengganu. Selain daripada itu, majlis disudahi dengan penyampaian sijil kepada pemenang-pemenang Tokoh Nilam Daerah Kuala Terengganu.