16 February 2009

Lawatan Kerja Tuan Pengarah BTP

Tajuk : Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Ke PKG Tok Jiring
Hari : Isnin
Tarikh : 16 Februari 2009
Tempat : PKG Tok Jiring

16 Februari 2009. Satu Lawatan Kerja dari Tuan Pengarah BTP, Y. Bhg. Tuan Haji mohd Adenan bin Deraman ke PKG Tok Jiring telah berlangsung pada hari ini. Tetamu tiba ke PKG Tok Jiring pada pukul 10.00 pg dan disambut mesra oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Kuala Terengganu. Setiba beliau ke PKG, beliau dijemput untuk menjamu selera di bilik mesyuarat dengan jaudah nasi dagang. Agenda seterusnya, setelah selesai makan, satu taklimat ringkas berkaitan PKG Tok Jiring telah disampaikan oleh En Rosdi bin Hj. Hashim dan sejurus selepas itu, Pn Hjh Hamidah Hashim iaitu Pengerusi Pengurusan PKG Tok Jiring telah memberi sedikit ucapan alu-aluan. Taklimat English Theme Park(ETP) pula telah disampaikan oleh Cik Juraida binti Umat, dengan penerangan lebih lanjut tentang program ETP yang akan dijalankan pada 2009 ini. Akhir seklai, pengerusi majlis telah menjemput Tuan Pengarah untuk memberi sepatah dua kata sempena lawatan beliau ke PKG ini.
Selesai saja taklimat, Tuan Pengarah dibawa melawat sekitar tempat projek ETP.