23 December 2009

Lawatan dari Media Prima -8TV


Pada 2hb Ogos 2009, satu lawatan pengambaraan aktiviti ETP bagi montaj rancagan ZOOM Malaysia telah diadakan di PKG Tok Jiring. Rombongan ini bertujuan untuk merakam aktiviti-aktiviti English Theme Park yang dijalankan di PKG Tok Jiring untuk dimasukkan ke dalam program Zoom Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah Chain Story Telling dan Video Conferencing untuk aktiviti Art Attack bersama-sama dengan murid-murid di SK LKTP Belara, dimana sekolah ini adalah sekolah ahli yang menyertai aktiviti ETP tetapi berada jauh dari PKG dan tidak dapat menyertai bersama-sama namun melalui video conferencing, murid-murid boleh mengikuti aktiviti yang dijalankan di PKG Tok jiring melalui rangkaian Skype. Manakala Pertandingan Chain Story telling telah disertai oleh dua buah sekolah menengah yang terpilih.