12 December 2011

MESYUARAT PENYELARASAN SKT PKG TERENGGANU



Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PKG Terengganu pada 22-23 November 2011 bertempat di PKG Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dikendalikan oleh Ketua Pasukan Penyelarasan SKT PKG Terengganu iaitu Encik Mazli bin Saad dengan dibantu oleh Puan Roshaliza binti Wahab. Selain daripada itu, PTP PKG lain juga terlibat iaitu Encik Mat Sabri bin Ismail, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad dan Puan Syuhairah bt Mohamed Sani. Encik Amir Hamzah pula diberi tugas untuk membuat rumusan mengenai penggunaan premis PKG. Turut hadir adalah Ketua Unit HEPKG dan pegawai UPHEPKG.

kredit : Berita: UPHEPKG