31 May 2011

LAWATAN PKG GELANGGI DAN PKG TEMIN



PKG Gelanggi & PKG Temin, Pahang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di BTPN Terengganu pada 22 – 24 Mei 2011. Lawatan telah disertai oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah ahli PKG berkenaan. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En. Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan BTPN Terengganu). Selepas sesi di BTPN Terengganu, ahli-ahli rombongan telah melawat English Theme Park Kuala Terengganu di PKG Tok Jiring. Taklimat berkaitan ETP KT ini telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Tok Jiring, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad. Peserta-peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan mengunjungi beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan membeli-belah di Pasar Kedai Payang.

kredit berita :UIICTKP