14 July 2011

Lawatan Penanda Aras BTPNT ke Perak dan KL


Lawatan Penanda Aras BTPN Terengganu ke Perak dan PKG Sentul, KL pada 10-11 Julai 2011. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan dan disertai oleh PTP negeri Terengganu seramai 13 orang. Rombongan menginap di BTPN Perak pada 10hb dan diberi taklimat ringkas oleh wakil BTPN Perak dan Ketua Penolong Pengarah , En Mohamad Yusof bin K. Mohamad pada 11hb Jul sebelum bergerak ke beberapa PKG sekitar Perak.Ahli rombongan telah melawat Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak iaitu PKG Seberang Perak, PKG Bota (PKG Terbaik), PKG Air Tawar dan PKG Seri Manjung. Pada 12hb pula, rombongan telah melawat ke PKG Tapah Road dan PKG Sungkai sebelum berangkat ke PKG Sentul, Kuala Lumpur. Ahli rombongan kembali semula ke BTPN Terengganu pada 13hb Julai 2011. Tujuan lawatan ini ialah memberi pengalaman dan pendedahan kepada PTP PKG bagi memantapkan pengurusan dan perkhidmatan dalam memperkasa PKG masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada PKG-PKG yang dilawati atas layanan dan sambutan yang sangat memuaskan.