12 December 2010

TAKLIMAT PERTANDINGAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT 2010


Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sedang berusaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negeri Terengganu terutamanya pelajar sekolah bagi mengisi masa cuti panjang mereka sempena cuti akhir persekolahan 2010. Ekoran daripada itu, pihak PPAT telah mengambil inisiatif dengan membuat satu pengisian iaitu Pertandingan Program Jejak Maklumat pada 4 Disember 2010 bertempat di PPAT Kuala Terengganu. Sehubungan itu, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah diberikan kepercayaan penuh oleh pihak PPAT bagi mengetuai dan mengendalikan program ini. Selain itu juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu turut menjalinkan kerjasama bagi membantu sama.

Satu sesi taklimat yang melibatkan ketiga-tiga pihak ini telah diadakan pada 1 Disember 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, PPAT Kuala Terengganu. Taklimat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal bt. Abdul Fatah dan sesi penerangan bagi program ini telah disampaikan oleh En. Zaidan bin Jamaludin, Pegawai Teknologi Pendidikan, UPSP BTPNT.

Antara yang turut hadir adalah Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT, En. Nize bin Muhammad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat PPAT, Puan Rohayah bt. Yahya, Pegawai-Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu, pegawai-pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu serta pegawai dan staf PPAT yang terlibat dalam program ini.

Di akhir taklimat ini, para Fasilitator telah diberikan satu taklimat khas oleh Ketua Fasilitator di stesen atau segmen masing-masing.

kredits : http://btpntrg.net