03 June 2016

Piala Cabaran CyberSafe : NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE (NICTSED) 2016




Merujuk lampiran surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BTP-PENT) 8800/41/20 Jld. 10 (29) bertarikh 12 Mei 2016. Pada tahun ini Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan  PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016) seperti yang dimulakan sejak tahun 2013. 

Sebagaimana YBhg. Dato'/datin/Tuan/Puan, sedia makluam program ini YBhg. Dato'/ datin/Tuan/Puan, sedia maklum program ini adalah sebahagian dari aktiviti program CyberSafe In Schools yang berperanan meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan keselamatan siber dan keselamatan maklumat peribadi dalam kalangan murid.

NICTSed 2016 yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing akan bertanding dari peringkat awal hingga separuh akhir seperti butiran berikut :


Tarikh : 6 hingga 11 Ogos 2016
Tempat  :  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu 21600 Marang, Terengganu

Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 19 Oktober 2016 bersempena dengan CyberSecurity Malaysia - Award, Conference and Exhibition 2016 (CSM-ACE 2016) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pihak penganjur akan menaja perbelanjaan makan minum dan perjalanan ke tempat pertandingan. Makan, minum serta guru pengiring semasa di BTPB Terengganu akan disediakan oleh penganjur.



Muat turun bahan :