Frog VLE Classroom Makeover
Merupakan satu inisiatif pengubahsuaian bilik darjah yang
ditaja oleh Yayasan YTL dan telah direka oleh pasukan pereka YTL dan
FrogAsia. Bilik darjah ini direka dan
diubahsuai untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran masa akan
datang (abad ke-21) dengan menekankan kos efektif, mudah untuk diulang bina di
sekolah-sekolah lain dan mampu disediakan oleh sukarelawan.
Rekaan bilik darjah dengan meja murid berbentuk
melengkung yang direka khas dan disusun dalam formasi melingkar di keseluruhan
bilik membolehkan murid duduk dalam kumpulan yang menggalakkan pembelajaran
secara kolaboratif. Selain itu, dinding
bilik dicat dengan pelbagai warna lembut dan terang yang dapat memberi murid
menyerlahkan diri.ekian, terima kasih.
Kepada sekolah yang berminat boleh mengisi permohonan menerusi borang secara atas talian https://fs10.formsite.com/YTLF/form2/index.html dan memaklumkan kepada pihak PKG Tok Jiring.