02 December 2015

TAKLIMAT HIP & DLP ( BAWAH PROGRAM MBMMBI )


Tarikh : 01 Disember 2015
Masa : 10.00 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Bilik Seminar, PKG Tok Jiring
Peserta  :  Pegawai Teknologi Pendidikan

Peserta didedahkan mengenai perlaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Projek ini melibatkan kos sebanyak RM 38.5 juta. 

Mengenai HIP, ia satu program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanam sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.

Bagi DLP, ia merupakan program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, sama ada BM atau BI.