24 October 2012

Lawatan Penanda Aras Kedutaan Amerika ke ETPKT, PKG Tok Jiring 2012


Pada 23 Oktober 2012 (Selasa), PKG Tok Jiring telah menerima kunjungan dari kedutaan Amerika yang ingin melihat program English Theme Park Kuala Terengganu. Kedutaan, Dato Paul Jones serta pegawai diplomasi Cik Anita Ghildyal, Pengarah Eksekutif MACEE , Dr James Coffman dan wakil dari Exxonmobil, Tn Hj Farid Jaafar dan Pn Ida Ruzaini Altahari telah diberi taklimat serba ringkas mengenai ETPKT oleh salah seorang fasilitator, Pn Hasbe Zuraini Abu Bakar. Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah wakil BTPNT , En Ahmad Jadid bin Jusoh dan Cik Anita@Aziza Mohamad, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tok Jiring selaku pengerusi majlis pada hari tersebut. Ahli rombongan di bawa melawat sekitar perjalanan Program ETP English Day. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Art Attack, Persembahan Action Song, dan Explorace. Terima kasih diucapkan kepada ahli rombongan kerana sudi mengunjungi Taman Tema Bahasa Inggeris ini.