14 October 2012

Lawatan Pelajar TESL IPG Kampus Kota Baharu




Pada 14hb Oktober 2012 (Ahad) baru-baru ini , kumpulan pelajar jurusan TESL dari IPG Kampus Kota Baru telah datang melawat English Theme Park Kuala Terengganu bertempat di PKG Tok Jiring. Rombongan diketuai pensyarah IPG KKB iaitu Pn Nor Akbari binti Ismail Ali datang melawat pada jam 2.30 petang untuk melihat sendiri projek inovasi BTPNT dan PKG Kuala Terengganu ini. Terima kasih diucapkan kepada kumpulan rombongan. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sebagai panduan untuk mengajar di sekolah pada masa hadapan.