30 October 2012

LASAMBEL SMK Tinggi Melaka

Pada 30hb Oktober 2012(Isnin), satu lawatan dari SMK Tinggi Melaka telah datang melawat English Theme Park Kuala Terengganu bertempat di PKG Tok Jiring. Rombongan diketuai Pn Cheong Peck Hwa dan beberapa guru dari Panitia Bahasa Inggeris bersama dengan 36 pelajar datang melawat pada jam 9.00 pagi untuk melihat sendiri projek inovasi BTPNT dan PKG Kuala Terengganu ini. Pelajar juga diberi kesempatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti Explorace yang terdapat di ETP ini.Terima kasih diatas kunjungan dan semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sebagai panduan dimasa hadapan.