15 May 2012

Lawatan SMK Tinggi Melaka ke ETP Kuala Terengganu

SMK Tinggi Melaka telah melawat ETP Kuala Terengganu pada 12 Mei 2012. Lawatan diketuai oleh Ketua Bidang Bahasa,Pn Abidah bt Md Yusof Lawatan ini disertai oleh guru – guru Bahasa Inggeris SMK Tinggi Melaka dan 2 buah sekolah berdekatan iaitu SMK St Francis dan SMK Padang Temu.Satu taklimat berkaitan ETP Kuala Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En.Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan BTPN Terengganu). Peserta – peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan melawat beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Pasar Kedai Payang dan Desa Murni.