22 January 2012
PROGRAM BERSEPADU BTPN-PKG TERENGGANU
Sesi Program Bersepadu BTPN Terengganu & PKG Terengganu telah diadakan pada 17-19 Januari 2012. Pada 17 Januari 2012 telah diadakan Bengkel Pemurnian Fail Meja Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Terengganu. Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim dan diurusetiakan oleh Unit Intervensi ICT Dan Kajian Penilaian. Pada 18 Januari 2012 pula diadakan Mesyuarat Penyelarasan BTPN-PKG Bil. 1/2012 dan dikendalikan oleh Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG yang diketuai oleh Ketua Unit yang baru. Antara lain mesyuarat ini lebih kepada pengurusan awal tahun dan persediaan bagi mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) di PKG Terengganu di samping sesi perkongsian unit-unit di BTPN Terengganu. Pada 19 Januari 2012 pula Sesi Bersama UPSP bagi menyelaraskan beberapa perkara berkaitan dengan sasaran kerja pada tahun 2012 sebelum itu telah diadakan program mingguan bacaan surah Yaasin dan tazkirah.
| Berita: UIICTKP