27 April 2011

Taklimat Sekolah Bestari Mengikut Kelompok Pemangkin


Satu taklimat Sekolah Bestari mengikut kelompok pemangkin telah berjaya diadakan di Makmal Audiovisul,SM Sains Sultan Mahmud pada 27hb April 2011, Rabu yang berlangsung pada pukul 10 pagi. Sekolah pemangkin iaitu SM Sains Sultan Mahmud dibawah guru bestari Pn Mazni binti Salleh telah memberi taklimat kepada sekolah kelompok pemangkin yang terdiri daripada 6 buah sekolah iaitu SMK Kompleks Seberang Takir, SMK Kompleks Gong Badak, SK Tok Jembal, SK Kg Tengah, SK Kebor Besar dan SK Bukit Petiti.