03 January 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011




Perutusan Tahun Baru 2011

Warga kerja BTPN & PKG Terengganu yang dihormati sekelian,
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, kita telah melalui tahun 2010 dalam keadaan yang sejahtera, diberi usia serta rezeki yang baik.

Pada 30 Dis 2010, warga BTPNT telah mengadakan solat hajat dan bacaan yasin bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt atas keselamatan dan rahmatNya kepada organisasi kita sepanjang tahun 2010. Kita juga turut berdoa agar 2011 menjadi satu lagi tahun yang cemerlang.

Selaku diberi amanah menjalankan tugas KPP BTPNT, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan sokongan kepada organisasi. Banyak perkara telah kita lalui bersama. Ini akan kita imbas kembali semasa Perhimpunan Awal Tahun 2011 bersama Tuan Pengarah Pelajaran Trg pada 9 Jan 2011, jam 9.00 pagi.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang saya menjalankan tugas, terdapat keputusan-keputusan yang diambil tidak menyenangkan tuan-tuan dan puan-puan. Tiada niat lain selain dari untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Kita belajar dari pengalaman, samada ianya bersifat professional ataupun personal. Sesungguhnya kehadiran kita di BTPNT atau PKG Trg adalah sebagai penjawat awam yang diberi amanah utk laksana khidmat kepada pelanggan (guru, murid dll). Kita mesti mengutamakan misi organisasi selaras dengan hasrat kerajaan: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Kita sebenarnya banyak menerima kebaikan dari organisasi. Justeru itu, kita seharusnya lebih banyak menyumbang kepada organisasi berbanding dengan banyak meminta. Tingkatkan ketakwaan, disiplin diri, kerja dengan penuh dedikasi, ikhlas dan berintegriti.

Saya mendoakan tahun 2011 membawa nafas baru, semangat baru dan azam baru kepada organisasi kita. Insyallah, BTP akan melantik seorang KPP hakiki dalam waktu sangat terdekat bagi memimpin kita semua. Sama-samalah kita beri sokongan kepada beliau nanti. Sekiranya kita bersatu hati dalam laksana tugas, tidak mustahil kita boleh capai pelbagai kejayaan sebagaimana kejayaan Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2010.

Put passion into our work.
Passion drives transformation.



Sekiam, terima kasih

azman othman
2 Jan 2011
9.10 malam @ Kuala Berang.