10 January 2011

PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2011 & ANUGERAH KECEMERLANGAN PKG 2010


Pada 9 Januari 2011, berlangsungnya Perhimpunan Awal Tahun 2011 sekaligus Majlis Anugerah PKG Cemerlang 2010. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Antara lain ucapan Tuan Pengarah adalah menitikberatkan kepada bidang tugas dan cabaran terkini yang perlu dilakukan berteraskan misi beliau dalam menerajui kepimpinan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu iaitu "Melestarikan Pendidikan Terbilang". Justeru itu, BTPN Terengganu menyokong penuh dan akan turut sama dalam mencipta sejarah yang terus gemilang bersama jabatan. PKG Negeri Terengganu juga telah diberi pengiktirafan melalui enam kategori penganugerahan iaitu Penarafan PKG, Pemantauan PKG, Penghargaan Pegawai Cemerlang, Kiosk Pameran Terbaik, Pusat Sumber PKG Terbaik dan Anugerah PKG Cemerlang Keseluruhan. Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah.

keputusan penuh