20 January 2010

Kursus Pentauliahan Kadet Remaja Sekolah(KRS)



BTPN Terengganu telah mengadakan Program Bersepadu yang merangkumi Kursus Kadet Remaja Sekolah untuk pasukan pengurusan BTPN dan PKG Terengganu, Kursus Pengurusan dan Kewangan untuk Pembantu Tadbir PKG Terengganu, Perhimpunan Dwi Bulanan BTPN serta Mesyuarat Penyelarasan BTPN-PKG Bil. 1/2010. Semuanya dilangsungkan pada 18 hingga 20 Januari di BTPN Terengganu.

Dalam Kursus Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah, semua pegawai dari BTPN dan PKG Terengganu telah diberi kursus oleh Jurulatih KRS Negeri Terengganu pada 18hb. Januari 2009. Pentauliahan KRS telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Perhimpunan Dwi Bulanan BTPN Terengganu pada 19 Januari 2010. Tuan Pengarah juga turut sama menyampaikan amanatnya kepada semua warga BTPN dan PKG dalam usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu. Di majlis tersebut juga beliau telah menyempurnakan perasmian portal e-Media, iaitu satu portal yang memuatkan bahan pelbagai media yang dapat diakses oleh semua pendidik di negeri ini.