09 February 2008

Pengenalan Pusat Akses

Pengenalan Pusat Akses Sekolah

Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Pusat Akses mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran kendiri (self learning).

Pembelajaran di Pusat Akses boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Pusat Akses memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan kearah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

Matlamat Dan Objektif

MATLAMAT

 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

OBJEKTIF

 Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendir, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran

PANDUAN PUSAT AKSES

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid.

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
3. meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

Pengurusan dan Pentadbiran

Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
1. Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah.
2. Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.
3. Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan.
4. Membuat perancangan peruntukan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM).
i) Kos bahan habis guna
ii) Kos penyenggaraan peralatan
iii) Kos bekalan elektrik
iv) Kos penggantian alat

5. Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Seolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.

Cadangan Carta Organisasi Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah

Cadangan bidang tugas Jawantankuasa Pusat Akses Sekolah:

a) Penasihat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii) Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/ aktiviti berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.

b) Pengerusi
i) Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan melaksanakan program/ aktiviti yang dirancangkan.

c) Setiausaha
i) Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii) Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala.
iii) menyediakan keperluan peruntukan kewangan.
iv) Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/ PPG (Pejabat Pelajaran Gabungan) dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan penyenggaraan.
v) Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada:
* Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan).
* Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan).
* Meja Bantuan GITN (1-300-88-2888) bagi semua masalah berkaitan talian
SchoolNet.
vi) Menentukan waktu penggunaan Pusa Akses Sekolah.
vii) Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan.
viii) Mendapatkan khidmat bantu penggunaan daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG).
ix) Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan.
x) Melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/ Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT jika ada.

d) Penolong Setiausaha
i) Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah.
iii) Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan. Buku log penggunaan, dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan.
v) Memastikan switch hub dan router SchoolNet sentiasa dalam keadaan baik agar capaian Internet tidak terganggu.
vi) Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
vii) Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
viii) Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya.
v) Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.

Susun Atur dan Peralatan

1. Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses adalah 22.5 m2 (satu bay).
2. Sekolah akan menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak, dan perabot.
3. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet.
4. Perisian yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus.

Waktu Operasi

1. Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut:
- semasa waktu persekolahan
- selepas waktu persekolahan
2. Digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Pengguna

1. Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
2. Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah.

Cadangan Aktiviti

1. Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
- Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran.
- Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-learning).
- Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
- Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel.
- Berkolaborasi dengan murid lain.

Keselamatan

1. Pihak sekolah perlu mengambil berat aspek-aspek keselamatan seperti kemudahan infranstruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.
2. Keselamatan bekalan elektrik:
- Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan boleh menampung penggunaan perkkasan.
- Keupayaan minima bekalan elektrik dari generator mestilah 30kvA.
- Kedudukan pendawaiandan punca kuasa elektrik mesti memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR).
3. Keselamatan Fizikal dan Perkakasan.
- Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2) dan ke atas.
- Lokasi yang strategik dan selamat.
- Alat keselamatan yang perlu diberi perhatian:
• Sistem penggera
• Jeriji besi
• Alat pemadam api
• Sistem peredaran udara
• Perangkap kilat
4. Keselamatan Siste Rangkaian
- Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
- Semua komputer mesti dirangkaikan dan boleh mengakses Internet.
- Aras kebenaran pengguna (Access Right) mesti dihadkan untuk mengelakkan daripada membuat pengubahsuaian kongfigurasi komputer.

5. Keselamatan Perisian dan Aplikasi
- Patches untuk sistem pengoperasian yang terkini.
- Perisian anti-virus yang terkini.
- Menggunakan perisian yang berlesen.
- Manual instalasi mudah diperoleh.

6. Keselamatan Mengakses Internet
- Mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld. 3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara penggunaan Internet dan Mel Elektronok di sekolah.
- Agensi-agensi kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/circulars/BM/main.htm).

7. Keselamatan Penyimpanan Bahan
- Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan dicakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.
- Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.

8. Cadangan Peraturan
- Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
- Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah
• Dilarang membawa beg, makanan, atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
• Dilarang membawa masuk sebarang cakera periasian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
• Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
• Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di Pusat Akses Sekolah.