Bertempat di PKG Tok Jiring berlangsungnya Hari Terbuka English Theme Park (ETP) Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2010. Taman Tema Bahasa Inggeris ini merupakan satu projek inovasi PKG Daerah Kuala Terengganu. Pelancaran Hari Terbuka ini disempurnakan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Terengganu yang mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu. Pengisian Hari Terbuka ini lebih didominasikan dengan aktiviti Bahasa Inggeris seperti ETP's Talent, e-Kiosk, Grammar Square, TJ Tunnel, Memory Lane. Art Attack dan banyak lagi. BTPN Terengganu selaku penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak ExxonMobil di atas tajaan yang telah disempurnakan melalui penyampaian 'mock cheque' pada majlis perasmian tadi. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan 'ETP Open Day' pada tahun ini
Program Jangkau Luar(Outreach) Kampus Astro Negeri Terengganu telah diadakan selama setengah hari di PKG Tok Jiring bersama-sama penganjur tuanrumah SK Tok Jiring pada 25 Julai 2010(Ahad). Program Astro On Wheels ini adalah satu program promosi Astro ke sekolah-sekolah negeri Terengganu dan pada kali ini Astro berpeluang ke SK Tok Jiring untuk tujuan tersebut. Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai program ini disamping sekolah tuan rumah seramai 600 murid manakala sekolah-sekolah terpilih yang lain adalah dari SK Kompleks Seberang Takir seramai 60 orang, SK Gong Badak sebanyak 60 murid, SK Mengabang Telipot iaitu 60 orang murid. Bagi sekolah-sekolah berdekatan, iaitu SK Banggol Peradong, SK Padang Air dan SK Bukit Tunggal seramai 20 orang murid satu sekolah. Program yang diseliakan oleh En Suhaimi ini berjalan dengan baik dan teratur.Banyak aktiviti yang dijalankan oleh Kampus Astro dan murid-murid sangat gembira kerana berpeluang menyertai aktiviti yang julung kali diadakan ini. Pihak PKG Tok Jiring juga ada menyediakan aktiviti sampingan iaitu aktiviti Language Game bersempena English Theme Park. Program ini juga telah dijayakan oleh PKG Kuala Terengganu dan juga BTPN Terengganu.