Tempat : Dewan Sekolah, SK Bukit Tunggal Peserta terdiri daripada Pengarah, Pengetua dan Guru Besar dari sekolah sekitar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Di mana mereka diberi pendedahan mengenai Pembelajaran Abad Ke-21 oleh Tn Hj Shukri (SISC+ PPD Kuala Terengganu). Kemudian peserta didedahkan dengan Penghasilan TV PSS di sekolah oleh En Amir B Hamzah (PTP UPSP, BTPN Terengganu). Moga pengisian tersebut dapat diaplikasikan di sekolah.
1) Data mengenai Dongle boleh didapati menerusi laman web ini : http://jpnterengganu.moe.gov.my/apps/trems/vle ID PENGGUNA : KOD SEKOLAH KATA LALUAN : NO MYKAD PENYELARAS FROG VLE *Sekiranya Guru Penyelaras Frog VLE telah bertukar, mohon hubungi En Ramlee Unit ICT, JPNT bagi membuat penukaran maklumat penyelaras Frog VLE yang baru. 2) Sekiranya sekolah mempunyai kerosakan dongle, boleh mengikut SOP yang diberikan seperti di bawah :
Tempat : English Theme Park Kuala Terengganu, PKG Tok Jiring Kali ini ETP Kuala Terengganu menerima kunjungan seramai 40 orang yang terdiri daripada pegawai UPS, BTPN Perlis dan JKPA sekolah-sekolah di Negeri Perlis. Mereka diberi penerangan oleh En Ahmad Jadid (KU, Unit Latyihan, BTPN Terengganu) mengenai sejarah dan aktiviti ETP KT. Kemudian peserta di bawa melihat stesen-stesen yang ada dan diberi penerangan mengenai aktiviti yang membantu murid-murid meningkatkan penguasaaan mereka dalam Bahasa Inggeris.