01 February 2018

BELANJAWAN ICT TAHUNAN

Perancangan kewangan sangat penting bagi memastikan perjalanan sesuatu program berjalan lancar. Begitu juga dalam pengurusan ICT di sekolah. Kewangan perlu bagi membaiki peralatan, menyediakan ruang yang lebih kondusif atau melaksanakan aktiviti.

Oleh itu, GPB/GPICT perlu membuat perancangan kewangan tahunan bagi merealisasikan hala tuju ICT di sekolah. Kadang-kadang kewangan sekolah tidak mengizinkan, oleh itu tidak semua kewangan yang dirancang diluluskan oleh pihak sekolah. Perancangan kewangan yang tidak dilulusakan pada tahun semasa boleh di bawa ke tahun hadapan. 


  1. Akhir tahun buat perancangan kewangan berdasarkan hala tuju  ICT sekolah. Sebaiknya buat perbincangan bersama AJK dalam mesyuarat ICT.
  2. Kemudian berbincang dengan Penolong Kanan Pentadbiran, agar mereka boleh memberi idea dan sokongan atas perancangan yang dibuat.
  3. Akhir sekali, buat perbincangan bersama Pengetua/ Guru Besar bagi mendapat kelulusan beliau.


Contoh Perancangan Kewangan Tahunan [Klik di sini]
Perancangan ini bukan yang terbaik ia hanya cadangan dan boleh dijadikan panduan.