01 March 2018

PEMINDAHAN ASET


Kami sering kali menerima rungutan daripada GPB/GPICT mengenai pearlatan ICT yang tidak mencukupi oleh kerana pelupusan telah dilakukan. Bagi menyelesaikan masalah ini, kami cadangankan pemindahan aset dilakukan. 

Kebiasaannya pemindahaan aset akan melibatkan sekolah yang mempunyai lebihan aset atau yang telah menerima peralatan ICT yang baru. Kebiasaan kes yang kami utamakan adalah sekolah yang menawarkan subjek ASK atau Sains Komputer di sekolah.

Sekolah yang telah menerima pindahan aset akan menunggu untuk mendapatkan penyelenggaraan. Di sini peranan PKG penting dalam membantu sekolah dengan memaklumkan kepada Unit Pembestarian Sekolah (UBEST), BTPN untuk mendapatkan penyelenggaraan.

Berikut adalah tindakan yang boleh dilakukan oleh anda :


Contoh : 
1. Surat Permohonan Pemindahan Aset [Klik di sini]
2. Surat Persetujuan Menerima Pemindahan Aset
3. Dokumen yang berkaitan
    3.1 - salinan KEW.PA-2[Harta Modal] peralatan ICT asal       
    3.2 - Pendaftaran KEW.PA-3 [Harta Modal]- 1pp terbaru
             kepilkan bersama KEW.PA baru dengan salinan KEW.PA asal 
      3.3 - Buat Laporan kerosakan peralatan ICT dalam KEW.PA10  
            [Borang Aduan Kerosakan Aset Alih] bagi peralatan ICT 
            yang diterima