01 January 2018

MESYUARAT PEMBESTARIAN/ ICT



Mesyuarat boleh didefinasikan sebagai rundingan untuk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan [Kamus Pelajar Edisi Kedua]. Mesyuarat boleh diadakan untuk memberi maklumat atau membuat keputusan atau kedua-duanya.

Mesyuarat ini adalah platform untuk menyampaikan maklumat penting dan mendapat persetujuan bagi sesuatu perkara. Mesyuarat ICT boleh digabung dalam mesyuarat Pusat Sumber Sekolah (PSS). Asalkan ia diminitkan.


Dokumen berkait perlaksanaan mesyuarat :
1. Surat Panggilan Mesyuarat
2. Minit Mesyuarat [Klik di sini]
3. JK ICT Sekolah [Klik di sini]
4. Slaid Pembentangan Mesyuarat ICT PKG [Klik di sini]

Mesyuarat ICT sebaiknya dilakukan tiga kali setahun (Januari, Jun dan Oktober). Maklumat yang diterima ketika menghadiri Mesyuarat JK Tekno-ICT dan PAK 21 di PKG, boleh disebarkan dalam mesyuarat di sekolah. 

Antara topik-topik yang boleh dibincangkan :
  1. Takwim Aktiviti ICT Tahunan
  2. Peruntukan Kewangan yang telah diluluskan
  3. Penilaian Smart School Qualification Standards
  4. Penyelenggaraan ICT
  5. Pengurusan ICT - pengisian rekod penggunaan peralatan ICT/ Makmal Komputer wajib dibuat
  6. Pengurusan capaian Internet
  7. Data Penggunaan Frog VLE
  8. Maklumat PSS dan Media Pendidikan
  9. Pertandingan ICT dan Frog VLE
  10. Bengkel ICT dan Frog VLE
  11. Pemurniaan Instrumen SSQS
  12. Pemantauan Pembestarian oleh PKG atau BTPN