02 October 2011

Makluman SPPICTS Terkini


Dimaklumkan bahawa pada 11 Sept - 1 Okt 2011, SPPICTS akan memulakan kutipan data. Walau bagaimanapun, pada masa ini terdapat sedikit masalah teknikal dan sedang diambil tindakan. Kutipan akan bermula sepenuhnya mulai Rabu, 14 Sept 2011 dan akan tamat sepenuhnya pada 8 Okt 2011.

PERHATIAN !!!!!!
..tarikh pengisian data dilanjutkan ke 14 Oktober 2011.

Pengarah BTP Baru


Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Rosnani Binti Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari di lantik sebagai Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 20 September 2011.

Tahniah dan Syabas

Staf PKG Tok Jiring

BENGKEL PEMANTAPAN i NILAM PKGTJ 2011



tarikh : 2 Oktober 2011
tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Tok Jiring

29 September 2011

Lawatan GPM-GPB PKG Kuala Ketil ke ETPKT PKGTJ2011



Satu lawatan dari PKG Kuala Ketil Kedah ke PKG Tok Jiring iaitu pada Khamis, 29 September 2011. Rombongan diketuai oleh En Wan Azman bin Wan Ngah , PTP 1 PKG Kuala Ketil bersama-sama dengan Penolong Pegawai Pelajarn Daerah Baling/Sik dan juga Wakil Majlis Guru Besar Zon Kuala Ketil dan Guru-guru penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan Media Zon Kuala Ketil.

26 September 2011

Taklimat dan Pengambilan Bahan MBMMBI Menengah Rendah 2011




Satu taklimat pengambilan bahan MBMMBI Menengah Rendah telah diadakan pada 26 September, Isnin di Bilik Duyong, BTPN Terengganu yang melibatkan 5 buah PKG Daerah Marang dan Daerah Kuala Terengganu Utara. PKG yang terlibat adalah PKG Marang, PKG Bukit Payong, PKG Mengabang Telipot, PKG Tok Jiring dan PKG Manir. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit ICT, En Azman bin Othman.