03 May 2009

Majlis Anugerah Nilam 2009




Ahad, 19 April 2009 - Majlis Anugerah NILAM Peringkat Negeri Terengganu 2009 telah berlangsung di Dewan Besar BTPN Terengganu. Dalam penganugerahan ini, Nur Razlina binti Rozi dari SMK(A) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu dinobatkan Tokoh NILAM bagi kategori Sekolah Menengah (SM), manakala Aina Syafiqah binti Isa dari SK Padang Mengkuang, Marang dinobatkan sebagai Tokoh NILAM bagi Sekolah Rendah (SR). Majlis ini disempurnakan oleh Dr. Masnah Ali Muda, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, mewakili Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 55 orang calon SR dan SM termasuk kategori Sekolah Pedalaman telah menyertai proses pemilihan penganugerahan ini. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Di bahu mereka terpikul tanggungjawab untuk meraih kemenangan seterusnya mengharumkan nama Negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan.

13 April 2009

-->Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2 Sekolah-sekolah Rendah KTU



tarikh : 09 April 2009
masa : 10.00 pagi - 4.30 petang
tempat : PKG Tok Jiring
anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu

Drama Class Part 3



8hb April 2009...Aktiviti ETP , kelas drama bahasa inggeris berjalan seperti biasa.

Mesyuarat Program BTP's English Language Programme (BTP's ELP)


Tarikh : 6 dan 7 April 2009
Tempat : PKG Kemasik,Kijal
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Agenda yang dibincangkan adalah mengenai Program TERIC, Program Theme Park dan Program Homestay. Antara yang terlibat dalam mesyuarat ini adalah En Azman Othman, CIk JUraida Umat, Cik Anita@Aziza Mohamad dan En Wan Roslan Wan Zaki dan 2 orang wakil dari BTP KL.

ETP Kiosk dan ETP Tunnel

^^masih dalam proses pembinaan^^
^^ETP Kiosk masih dalam pengumpulan bahan^^
^^ETP Tunnel masih dalam proses mengecat^^

ETP Kiosk


ETP Tunnel/Walkaway