03 July 2016

BENGKEL MENGHASILKAN BLOG DALAM PERSEKITARAN SEKOLAH


TARIKH : 30 Jun 2016
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PTG
TEMPAT : BILIK SEMINAR, PKG TOK JIRING

Kali ini Juru Teknik Sekolah Ahli PKG Tok Jiring telah diberi pendedahan mengenai penghasilan blog untuk dijadikan blog sekolah atau blog bagi Pusat Sumber Sekolah. Di mana mereka diajar cara menggunakan gaget yang ada dan menggunakan coding HTML dan CSS. Diharap, sekolah yang belum mempunyai blog dapat menghasilkan blog menggunakan ilmu yang telah diajar.

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PdP MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP


TARIKH : 28 Jun 2016
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PTG
TEMPAT : BILIK SEMINAR, PKG TOK JIRING

Bnegkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT sekolah ahli PKG Tok Jiring. Kali ini peserta didedahkan dengan penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan bahan dalam PdP. Di mana peserta boleh menggunakan hasil ini untuk dimasukkan ke dalam Power Point ataupun menghasilkan bahan bergambar untuk murid.

BENGKEL GOOGLE APPS FOR EDUCATION


TARIKH : 27 Jun 2016
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PTG
TEMPAT : BILIK SEMINAR, PKG TOK JIRING

Bengkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT sekolah Ahli PKG Tok Jiring. Pada kali ini, peserta didedahkan dengan aplikasi Google Apps. Kemudian peserta diminta untuk menghasilkan dokumen mereka sendiri melalui aplikasi ini. Peserta juga didedahakan dengan Permainan atas talian iaitu Kahoot. Mereka diajar cara menghasilkan dan telah merasai sendiri permainan ini. Moga mereka dapat menggunakan ilmu yang diberi bagi menjadikan pembelajaran lebih kreatif dan menyeronokkan.

16 June 2016

BENGKEL PENDEDAHAN CARA MENGIMPORT DATA APDM KE DALAM FROG VLE


TARIKH : 16 Jun 2016
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PTG
TEMPAT : BILIK SEMINAR, PKG TOK JIRING

Penyelaras Frog VLE dari 8 buah sekolah mengikuti bengkel pada hari ini. Rata-rata peserta adalah mereka yang masih menghadapi masalah dalam mengimport data APDM ke dalam Frog VLE. Segala masalah yang dihadapi oleh guru telah berjaya diselesaikan. Mereka juga didedahkan dengan cara pengurusan Frog VLE di sekolah termasuk pengurusan fail berkaitan Frog VLE.

03 June 2016

Piala Cabaran CyberSafe : NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE (NICTSED) 2016




Merujuk lampiran surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BTP-PENT) 8800/41/20 Jld. 10 (29) bertarikh 12 Mei 2016. Pada tahun ini Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan  PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016) seperti yang dimulakan sejak tahun 2013. 

Sebagaimana YBhg. Dato'/datin/Tuan/Puan, sedia makluam program ini YBhg. Dato'/ datin/Tuan/Puan, sedia maklum program ini adalah sebahagian dari aktiviti program CyberSafe In Schools yang berperanan meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan keselamatan siber dan keselamatan maklumat peribadi dalam kalangan murid.

NICTSed 2016 yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing akan bertanding dari peringkat awal hingga separuh akhir seperti butiran berikut :


Tarikh : 6 hingga 11 Ogos 2016
Tempat  :  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu 21600 Marang, Terengganu

Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 19 Oktober 2016 bersempena dengan CyberSecurity Malaysia - Award, Conference and Exhibition 2016 (CSM-ACE 2016) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pihak penganjur akan menaja perbelanjaan makan minum dan perjalanan ke tempat pertandingan. Makan, minum serta guru pengiring semasa di BTPB Terengganu akan disediakan oleh penganjur.



Muat turun bahan :