03 June 2016

Piala Cabaran CyberSafe : NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE (NICTSED) 2016




Merujuk lampiran surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BTP-PENT) 8800/41/20 Jld. 10 (29) bertarikh 12 Mei 2016. Pada tahun ini Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan  PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016) seperti yang dimulakan sejak tahun 2013. 

Sebagaimana YBhg. Dato'/datin/Tuan/Puan, sedia makluam program ini YBhg. Dato'/ datin/Tuan/Puan, sedia maklum program ini adalah sebahagian dari aktiviti program CyberSafe In Schools yang berperanan meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan keselamatan siber dan keselamatan maklumat peribadi dalam kalangan murid.

NICTSed 2016 yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing akan bertanding dari peringkat awal hingga separuh akhir seperti butiran berikut :


Tarikh : 6 hingga 11 Ogos 2016
Tempat  :  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu 21600 Marang, Terengganu

Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 19 Oktober 2016 bersempena dengan CyberSecurity Malaysia - Award, Conference and Exhibition 2016 (CSM-ACE 2016) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pihak penganjur akan menaja perbelanjaan makan minum dan perjalanan ke tempat pertandingan. Makan, minum serta guru pengiring semasa di BTPB Terengganu akan disediakan oleh penganjur.



Muat turun bahan :

15 May 2016

PROJEK FROG MAKEOVER CLASSROOM



Frog VLE Classroom Makeover

Merupakan satu inisiatif pengubahsuaian bilik darjah yang ditaja oleh Yayasan YTL dan telah direka oleh pasukan pereka YTL dan FrogAsia.  Bilik darjah ini direka dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran masa akan datang (abad ke-21) dengan menekankan kos efektif, mudah untuk diulang bina di sekolah-sekolah lain dan mampu disediakan oleh sukarelawan.


Rekaan bilik darjah dengan meja murid berbentuk melengkung yang direka khas dan disusun dalam formasi melingkar di keseluruhan bilik membolehkan murid duduk dalam kumpulan yang menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif.  Selain itu, dinding bilik dicat dengan pelbagai warna lembut dan terang yang dapat memberi murid menyerlahkan diri.ekian, terima kasih.

Kepada sekolah yang berminat boleh mengisi permohonan menerusi borang secara atas talian https://fs10.formsite.com/YTLF/form2/index.html dan memaklumkan kepada pihak PKG Tok Jiring.