BTPN Kedah telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di BTPN Terengganu pada 1 hingga 3 Jun 2011. Lawatan yang diketuai oleh Tn Hj Hashim bin Ab Rahman telah juga disertai oleh pegawai dan staf sokongan BTPN Kedah dan PKG Negeri Kedah. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan oleh YM Tengku Muhammad Abdussalam bin Tengku Awang (Ketua Unit UPIM BTPN Terengganu). Ahli-ahli rombongan juga telah melawat English Theme Park Kuala Terengganu. Taklimat berkaitan ETPKT ini disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Tok Jiring, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad. Peserta-peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan melawat beberapa tempat menarik diKuala Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan Pasar Kedai Payang.
PKG Gelanggi & PKG Temin, Pahang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di BTPN Terengganu pada 22 – 24 Mei 2011. Lawatan telah disertai oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolahahli PKG berkenaan. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En. Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan BTPN Terengganu). Selepas sesi di BTPN Terengganu, ahli-ahli rombongan telah melawat English Theme Park Kuala Terengganu di PKG Tok Jiring. Taklimat berkaitan ETP KT ini telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Tok Jiring, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad. Peserta-peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan mengunjungi beberapa tempat menarik diKuala Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan membeli-belah di Pasar Kedai Payang.
Kami warga PKG Tok Jiring mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru kami yang telah mendidik dan mengasuh kami suatu masa dahulu. Jasa dan baktimu tetap dalam ingatan.