12 December 2010

JEJAK MAKLUMAT ANJURAN PPAT DENGAN KERJASAMA BTPNT DAN JKM TERENGGANU


Walaupun negeri Terengganu kini telahpun memasuki fasa musim tengkujuh, penganjuran pertandingan Jejak Maklumat yang dikelolakan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dengan kerjasama BTPN Terengganu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya meskipun keadaan cuaca kurang mengizinkan.

Pertandingan yang diadakan pada 4 Disember 2010 bertempat di PPAT ini telah disertai oleh 150 orang peserta yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pusat Aktiviti Kanak-Kanak JKM Kuala Terengganu dan selebihnya adalah daripada peserta-peserta “walk-in”. Seramai 40 orang petugas yang melibatkan ketiga-tiga pihak ini hadir membantu bagi memastikan program ini berjalan lancar.


Sebanyak lima segmen telah diadakan sepanjang pertandingan ini berlangsung iaitu Sampaikan Pesananku, Isu Semasa, Pemikiran Kreatif, Uji Minda dan Kemahiran Perpustakaan yang diketuai oleh Encik Zaidan bin Jamaludin, Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP BTPNT. Di akhir pertandingan, satu sesi rumusan telah disampaikan oleh Encik Nize bin Muhammad, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh Cik Mardiah bt. Mohamad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Terengganu dan Puan Rohayah bt. Yahya yang mewakili Tuan Pengarah PPAT.


Diharapkan jalinan hubungan kerjasama BTPN Terengganu bersama-sama kedua-dua agensi ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melestarikan pendidikan di negeri Terengganu.

TAKLIMAT PERTANDINGAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT 2010


Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sedang berusaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negeri Terengganu terutamanya pelajar sekolah bagi mengisi masa cuti panjang mereka sempena cuti akhir persekolahan 2010. Ekoran daripada itu, pihak PPAT telah mengambil inisiatif dengan membuat satu pengisian iaitu Pertandingan Program Jejak Maklumat pada 4 Disember 2010 bertempat di PPAT Kuala Terengganu. Sehubungan itu, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah diberikan kepercayaan penuh oleh pihak PPAT bagi mengetuai dan mengendalikan program ini. Selain itu juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu turut menjalinkan kerjasama bagi membantu sama.

Satu sesi taklimat yang melibatkan ketiga-tiga pihak ini telah diadakan pada 1 Disember 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, PPAT Kuala Terengganu. Taklimat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal bt. Abdul Fatah dan sesi penerangan bagi program ini telah disampaikan oleh En. Zaidan bin Jamaludin, Pegawai Teknologi Pendidikan, UPSP BTPNT.

Antara yang turut hadir adalah Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT, En. Nize bin Muhammad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat PPAT, Puan Rohayah bt. Yahya, Pegawai-Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu, pegawai-pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu serta pegawai dan staf PPAT yang terlibat dalam program ini.

Di akhir taklimat ini, para Fasilitator telah diberikan satu taklimat khas oleh Ketua Fasilitator di stesen atau segmen masing-masing.

kredits : http://btpntrg.net

01 December 2010

LAWATAN DARI PKG NEGERI KELANTAN KE PKG TOK JIRING





TARIKH : 30 NOVEMBER 2010
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU TOK JIRING

15 November 2010

Kem MemBaca 1Msia [Riang Ria Bersama Mama Sham]




Hari : Selasa
Tarikh : 9 November 2010
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA



Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu bertemakan "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia" telah disempurnakan pelancaran pada 8 November 2010. Serentak seluruh sekolah-sekolah di Malaysia. Pelancaran peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di SRJK (C) Tsun Jin Kuala Lumpur. BTPN Terengganu bersama-sama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Perpustakaan Sultanah Nurzahirah, UMT, turut sama menjalankan aktiviti-aktiviti antaranya Jejak Maklumat, Info Hunt, Bercerita bersama Mama Sham, Sesi Bersama Tokoh NILAM Guru, Bicara Buku Bersama Prof. Madya Dr. Mohd Sahandari Gani bin Hamzah (UPM) dan Literasi Maklumat. Secara keseluruhannya penglibatan wakil daripada setiap daerah di Negeri Terengganu mencerminkan penglibatan semua dalam menjayakan KM1M 2010.

kredit teks : http://btpntrg.net