15 February 2009

Bengkel English Theme Park

Hari : Ahad
Tarikh : 15hb Februari 2009
Tempat : Bilik ETP PKG Tok Jiring


Bengkel Anak Terengganu Cemerlang

Tajuk : Bengkel Penulisan Buku Anak Terengganu Cemerlang
Hari : Ahad
Tarikh : 15hb Februari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Tok Jiring

12 February 2009

Taklimat Penyelarasan Lawatan Pengarah BTP ke PKG Tok Jiring



12hb Februari 2009. Satu Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Pengarah BTP ke PKG Tok Jiring telah diadakan pada hari ini. Perkara yang dibincangkan adalah tentang aturcara dan ahli jawatankuasa yang akan menguruskan persiapan tempat, ucapan, dokumentasi dan menu makanan pada hari berkenaan iaitu pada 16hb Feb, hari Isnin ini. Taklimat ini telah diberi oleh Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan (Ketua Unit) dan En Rosdi bin Hj. Hashim.

11 February 2009

Program Pemilihan Tokoh Nilam 2009

Tajuk : Program Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kuala Terengganu 2009
Hari : Selasa dan Rabu
Tarikh : 10-11hb Februari 2009
Tempat : PKG Tok Jiring

HARI KEDUA
pendaftaran peserta dan guru pengiring

calon lisan yang menunggu giliran

hakim lisan sekolah menengah

hakim lisan sekolah rendah bandar

sesi lisan sekolah rendah luar bandar

kiraan markah untuk pemilihan pemenang

majlis penyampaian hadiah dan sijil..

---terima kasih daun keladi---
edited by AnitaPKGTTJ

09 February 2009

Mesyuarat Sudut Pameran dan Nilam


9 Februari 2009. Semua PTP Daerah Kuala Terengganu telah berkampung di PKG Tok Jiring untuk satu lagi mesyuarat yang berkaitan dengan sudut pameran di BTPN. Antara yang diperbincangkan ialah bagaimana untuk menghias dan memenuhkan ruang pamer(kiosk) tersebut dengan profil PKG, aktiviti-aktiviti dan kejayaan sekolah ahli, data sekolah ahli dan foto-foto projek di setiap PKG Daerah Kuala Terengganu.

Taklimat seterusnya adalah berkenaan tentang pemilihan tokoh Nilam peringkat Daerah 2009. Aktiviti ini akan berlangsung pada esok hari iaitu 10hb Februari selama 2 hari di PKG Tok Jiring. Antara yang dibincangkan ialah tentang persiapan tempat, pemilihan hakim, perjalanan aktiviti , sijil untuk setiap peserta dan hadiah untuk 16 pemenang. Mesyuarat bagi Pemilihan Tokoh Nilam ini berjalan dengan lancar.