PENGENALAN
Setiap hari, semua staf PKG akan mengisi kehadiran menerusi ipejabat (sistem atas talian di peringkat BTPN Terengganu). Kemudian staf akan mengisi rekod kehadiran secara manual. Rekod ini perlu dipamerkan dipejabat. Ia akan dipantau oleh Unit Pengurusan Strategik (UPS), BTPN Terengganu.
Namun kami menghadapi masalah untuk merekod kehadiran secara manual sekiranya berada diluar pejabat atas urusan rasmi. Ini menyebabkan rekod tidak dikemaskini. Tambahan pula, kami tidak mempunyai kebenaran mencapai data dalam rekod ipejabat. Oleh itu kami mencari alternatif untuk menghasilkan kehadiran secara atas talian dan pada masa yang sama rekod tersebut dapat dicapai dan dipindahkan dalam bentuk yang kami kehendaki.
PENGGUNAAN
Rekod kehadiran dalaman ini dikenali sebagai AMRec. Ia dibina menggunakan Google Form di mana staf memasukkan data yang diminta. Data yang dimasukkan akan disimpan ke dalam Sheet. Data ini pula akan dipindah ke dalam bentuk laporan secara automatik yang mana ia sama seperti rekod kehadiran secara manual. Laporan ini pula akan dicetak oleh Pembantu Tadbir pada hari yang sama. Pengguna juga boleh membuat pilihan rekod dari minggu mana yang ingin dipaparkan menerusi senarai droplist yang disediakan.
REKA BENTUK ANTARAMUKA
i-SISTEM AMRec
2) LAPORAN