27 January 2010

Lawatan Guru-Guru English Teaching Assistant (ETA)

PKG Tok Jiring telah menerima lawatan daripada English Teaching Assistant(ETA) seramai 14 orang pada 27 Januari 2010. Lawatan ini adalah sebahagian daripada minggu orientasi mereka setelah mereka tiba di Terengganu 2 minggu yang lepas. Lawatan ini juga dihadiri oleh En.Wan Zainuddin bin Wan Hassan dari SPA, JPNT dan beberapa Pegawai Bahasa daripada PPD seluruh Terengganu. Dalam lawatan ini, mereka telah didedahkan tentang projek inovasi yang dijalankan di PKG Tok Jiring iaitu English Theme Park.Taklimat lawatan telah disampaikan oleh PTP 2 PKG Tok Jiring, Cik Anita@Aziza Mohamad.Kesemua mereka akan memulakan tugas sebagai guru di Terengganu bermula pada Isnin hadapan.


tempat : PKG Tok Jiring, Kuala Terengganu
tarikh : 27hb Januari 2010
masa : 12.30 - 1.15 tgh

25 January 2010

pemilihan tokoh NILAM 2010



Pemilihan Tokoh NILAM peringkat negeri Terengganu telah berlangsung selama 3 hari bermula 23hb Januari 2010, pada hari Sabtu dan berakhir pada 25hb. Pemilihan kali ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini dan salah satu slot yang menarik perhatian ialah slot motivasi oleh pemenang Tokoh NILAM kebangsaan 2009, adik NorRazlina binti Rozi bekas pelajar SMK A Sheikh Abdul Malik.

20 January 2010

Perhimpunan Dwi Bulanan dan Mesyuarat Penyelarasan SKT


Pada 19hb Januari 2010, satu perhimpunan Dwi bulanan telah diadakan di Dewan Seminar BTPNT. Majlis ini juga dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Ariffin bin Haji Embong S.M.T. , A.M.N. , P.J.C. , P.J.K untuk amanat yang disampaikan oleh beliau.

disamping itu, Mesyuarat Penyelarasan juga diadakan sepanjang 2 hari tersebut bermula pada petang, pukul 2.30 hingga pukul 6.00ptg pada hari selasa manakala pada hari rabu, 20hb Januari 2010 disambung mesyuarat tersebut bermula pada 8.30pagi hingga 12.30 ptg.

Kursus Pentauliahan Kadet Remaja Sekolah(KRS)



BTPN Terengganu telah mengadakan Program Bersepadu yang merangkumi Kursus Kadet Remaja Sekolah untuk pasukan pengurusan BTPN dan PKG Terengganu, Kursus Pengurusan dan Kewangan untuk Pembantu Tadbir PKG Terengganu, Perhimpunan Dwi Bulanan BTPN serta Mesyuarat Penyelarasan BTPN-PKG Bil. 1/2010. Semuanya dilangsungkan pada 18 hingga 20 Januari di BTPN Terengganu.

Dalam Kursus Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah, semua pegawai dari BTPN dan PKG Terengganu telah diberi kursus oleh Jurulatih KRS Negeri Terengganu pada 18hb. Januari 2009. Pentauliahan KRS telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Perhimpunan Dwi Bulanan BTPN Terengganu pada 19 Januari 2010. Tuan Pengarah juga turut sama menyampaikan amanatnya kepada semua warga BTPN dan PKG dalam usaha memartabatkan kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu. Di majlis tersebut juga beliau telah menyempurnakan perasmian portal e-Media, iaitu satu portal yang memuatkan bahan pelbagai media yang dapat diakses oleh semua pendidik di negeri ini.

03 January 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah 2010


Bermula 03 Januari 2010, semua warga sekolah kembali semula ke sekolah. Diharapkan cahaya indah yang menerangi warga sekolah akan terus bertambah sinarnya di tahun ini dan setiap perancangan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kecemerlangan yang dicapai pada tahun 2009 menjadi pemangkin peningkatan semangat semua warga sekolah untuk mencapai sasaran bagi tahun-tahun mendatang.

Selamat Kembali Semula Ke Sekolah
dan Selamat Tahun Baru 2010!

Selamat Tahun Baru 2010


SELAMAT TAHUN BARU 2010 DARI PKG TOK JIRING
TWENTY TEN

2010

01 January 2010

Piagam Pelanggan

Adalah dengan ini kami berjanji :

Bersedia mambantu guru mengikut keperluan yang dipohon oleh sekolah-sekolah kelompok. Member layanan mesra kepada pengunjung-pengunjung dan pelangan-pelangan yang datang ke PKG. Bersedia membantu guru dari aspek pengetahuan dan kepakaran dalam usaha menigkatkan mutu penyampaian dibilik-bilik darjah. Membantu menyediakan kemudahan dan peralatan yang ada bagi tujuan kursus, bengkel, seminar dan sebagainya apabila dipohon. Membantu guru dalam aspek penyelidikan dan pembangunan serta menyebar luas maklumat pendidikan untuk sekolah-sekolah kelompok.