Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).
Penarafan SSQS di peringkat PKG Tok Jiring akan bermula pada 16 Julai hingga 25 Ogos 2018
Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), telah melancarkan kempen “Hour of Code” yang akan dilaksanakan kesemua sekolah bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018. Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi.
“Hour of Code” (HOC) adalah satu pergerakan global diterajui oleh code.org yang memfokuskan pendedahan awal kepada murid berkaitan coding dan pengaturcaraan selama satu jam. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (semakan) dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains di sekolah.