28 August 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan




Warga PKG Tok Jiring ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.


01 August 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Warga PKG Tok Jiring ingin mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di mana saja berada, semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.

26 July 2011

TARIKH BARU PENUTUPAN PENARAFAN SSQS

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum penarafan SSQS sedang berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum ini. Memandangkan portal SSQS menghadapi masalah akibat digodam, maka pihak sekolah menghadapi kesukaran melaksanakannya.
Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan menetapkan untuk melanjutkan tempoh penarafan mengikut TARIKH BARU seperti berikut:


3.1 ZON SABAH/WP LABUAN/SARAWAK
13 Jun- 17 Julai 2011 (Tarikh awal: 13 Jun-3 Julai 2011)

3.2 ZON UTARA/TIMUR
4 Julai - 30 Julai 2011 (Tarikh awal: 4 Julai-24 Julai 2011)

3.3 ZON TENGAH/SELATAN
25 Julai - 20 Ogos 2011(Tarikh awal: 25 Julai - 14 Ogos 2011)

14 July 2011

Lawatan Penanda Aras BTPNT ke Perak dan KL


Lawatan Penanda Aras BTPN Terengganu ke Perak dan PKG Sentul, KL pada 10-11 Julai 2011. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan dan disertai oleh PTP negeri Terengganu seramai 13 orang. Rombongan menginap di BTPN Perak pada 10hb dan diberi taklimat ringkas oleh wakil BTPN Perak dan Ketua Penolong Pengarah , En Mohamad Yusof bin K. Mohamad pada 11hb Jul sebelum bergerak ke beberapa PKG sekitar Perak.Ahli rombongan telah melawat Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak iaitu PKG Seberang Perak, PKG Bota (PKG Terbaik), PKG Air Tawar dan PKG Seri Manjung. Pada 12hb pula, rombongan telah melawat ke PKG Tapah Road dan PKG Sungkai sebelum berangkat ke PKG Sentul, Kuala Lumpur. Ahli rombongan kembali semula ke BTPN Terengganu pada 13hb Julai 2011. Tujuan lawatan ini ialah memberi pengalaman dan pendedahan kepada PTP PKG bagi memantapkan pengurusan dan perkhidmatan dalam memperkasa PKG masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada PKG-PKG yang dilawati atas layanan dan sambutan yang sangat memuaskan.