30 July 2015

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PTP I KEPADA PTP II


Tahniah kepada Tuan Hj Mohd Tarmizi PTP 1 kerana di lantik menjadi pegawai di Unit Pembestarian ICT ke BTPN Terengganu. Beliau mula berkhidmat  pada 30 Julai 2015. Semoga beliau terus maju dan berjaya di tempat baru. Terima kasih di atas sumbangan beliau kepada PKG Tok Jiring. JASAMU TETAP DIKENANG.

26 July 2015

MEMBINA SITE


MEMBINA SITE FROG VLE

        i-     Mencipta dan memadamkan Page
       ii-     Menggunakan widget "text"
     iii-      Mengguanakan widget "media"
     iv-      Menggunakan widget "embed website"
      v-

12 July 2015

Pelan Strategik/ Pelan Tindakan / Pelan Taktikal Frog VLE

Di sini adalah himpunan Pelan Strategik/ Pelan Tindakan / Pelan Taktikal Frog VLE yang diambil

daripada guru-guru di beberapa buah sekolah.



10 July 2015

PENGISIAN DATA SSQS SEKOLAH-SEKOLAH DI TERENGGANU 2015

Pengisian data Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun ini bermula pada 6 Julai - 23 Ogos 2015. Guru ICT atau Guru Penyelaras Bestari akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengisian data ini di sekolah masing - masing. 

Bagi sekolah ahli di bawah PKG Tok Jiring, taklimat pengisian data SSQS akan diadakan selepas cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Untuk keterangan lanjut mengenai SSQS. Klik di sini

PEMANTAUAN PENGGUNAAN ZPD MBMMBI DAN FROG VLE KE SEKOLAH

BTPN Terengganu akan melaksanakan pemantauan serta penyeliaan penggunaan ZPD MBMMBI dan Frog VLE di seluruh sekolah di Negeri Terengganu bermula pada 28 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015.

Permantauan ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti penggunaan dan keberkesanan perlaksanaan ZPD MBMMBI dan Frog VLE di sekolah. Aspek yang akan dinilai adalah seperti di dalam instrumen di bawah :



**Klik pada Instrumen ZPD MBMMBI / Frog VLE untuk melihat item berkenaan.

MESYUARAT PELAPORAN PENCAPAIAN SKT SETENGAH TAHUN 2015 BTPN PKG TERENGGANU


Telah berlangsung Mesyuarat Pelaporan Pencapaian SKT Setengah Tahun 2015 BTPN dan PKG Terengganu yang diadakan di Bukit Gambang Beach Resort, Kuantan pada 14 - 16 Jun 2014. Ia dihadiri oleh Pegawai di BTPN dan Pegawai di kesemua PKG Terengganu. 


06 July 2015

TEMPAHAN PREMIS


PKG TOK JIRING MEMPUNYAI 5 PREMIS YANG BOLEH DITEMPAH :

1)    BILIK ENGLISH THEME PARK (untuk aktiviti ENGLISH DAY)
2)    BILIK MESYUARAT (25 orang)
3)    BILIK SEMINAR  1 (40 orang)
4)    BILIK SEMINAR 2  (50 orang)
5)    PUSAT SUMBER (4 orang)

JIKA ANDA BERMINAT SILA ISI BORANG SECARA ATAS TALIAN  [KLIK DI SINI]

ATAU BOLEH HUBUNGI KAMI DITALIAN 09-667 0344

TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN PREMIS KAMI.