28 December 2011

Khidmat Bantu PSS PKG Tok Jiring 2011


Khamis, 28 Disember 2011 telah berlangsungnya khidmat bantu PSS di PKG Tok Jiring jam 9.oo pagi. Antara aktiviti yang berlaku pada hari tersebut adalah gotong-royong mengalihkan rak baru di dalam PSS dan juga menyusun buku-buku ke rak tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat alam khidmat bantu ini.

26 December 2011

Gotong-Royong PKG TJ Akhir Tahun 2011


Tarikh : 26 Disember 2011
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kaunter PKG Tok Jiring

12 December 2011

MESYUARAT SKT BTPN-PKG TERENGGANU


Mesyuarat SKT BTPN-PKG Terengganu untuk 2012 telah dilaksanakan di Crown Garden, Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pegawai BTPN dan PKG Terengganu. Antara lain mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan SKT 2011 bagi BTPN dan PKG Terengganu. Di samping itu perancangan SKT 2012 juga telah dibuat bagi persediaan kepada program dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

kredit berita : http://btpntrg.net/btpntweb/

MESYUARAT PENYELARASAN SKT PKG TERENGGANU



Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PKG Terengganu pada 22-23 November 2011 bertempat di PKG Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dikendalikan oleh Ketua Pasukan Penyelarasan SKT PKG Terengganu iaitu Encik Mazli bin Saad dengan dibantu oleh Puan Roshaliza binti Wahab. Selain daripada itu, PTP PKG lain juga terlibat iaitu Encik Mat Sabri bin Ismail, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad dan Puan Syuhairah bt Mohamed Sani. Encik Amir Hamzah pula diberi tugas untuk membuat rumusan mengenai penggunaan premis PKG. Turut hadir adalah Ketua Unit HEPKG dan pegawai UPHEPKG.

kredit : Berita: UPHEPKG