26 July 2011

TARIKH BARU PENUTUPAN PENARAFAN SSQS

Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum penarafan SSQS sedang berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum ini. Memandangkan portal SSQS menghadapi masalah akibat digodam, maka pihak sekolah menghadapi kesukaran melaksanakannya.
Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan menetapkan untuk melanjutkan tempoh penarafan mengikut TARIKH BARU seperti berikut:


3.1 ZON SABAH/WP LABUAN/SARAWAK
13 Jun- 17 Julai 2011 (Tarikh awal: 13 Jun-3 Julai 2011)

3.2 ZON UTARA/TIMUR
4 Julai - 30 Julai 2011 (Tarikh awal: 4 Julai-24 Julai 2011)

3.3 ZON TENGAH/SELATAN
25 Julai - 20 Ogos 2011(Tarikh awal: 25 Julai - 14 Ogos 2011)

14 July 2011

Lawatan Penanda Aras BTPNT ke Perak dan KL


Lawatan Penanda Aras BTPN Terengganu ke Perak dan PKG Sentul, KL pada 10-11 Julai 2011. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan dan disertai oleh PTP negeri Terengganu seramai 13 orang. Rombongan menginap di BTPN Perak pada 10hb dan diberi taklimat ringkas oleh wakil BTPN Perak dan Ketua Penolong Pengarah , En Mohamad Yusof bin K. Mohamad pada 11hb Jul sebelum bergerak ke beberapa PKG sekitar Perak.Ahli rombongan telah melawat Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak iaitu PKG Seberang Perak, PKG Bota (PKG Terbaik), PKG Air Tawar dan PKG Seri Manjung. Pada 12hb pula, rombongan telah melawat ke PKG Tapah Road dan PKG Sungkai sebelum berangkat ke PKG Sentul, Kuala Lumpur. Ahli rombongan kembali semula ke BTPN Terengganu pada 13hb Julai 2011. Tujuan lawatan ini ialah memberi pengalaman dan pendedahan kepada PTP PKG bagi memantapkan pengurusan dan perkhidmatan dalam memperkasa PKG masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada PKG-PKG yang dilawati atas layanan dan sambutan yang sangat memuaskan.

07 July 2011

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS HULU TERENGGANU 2011


3 Julai 2011, Hulu Terengganu– BTPN Terengganu dibawah Unit Pusat Sumber telah mengadakan Khidmat Bantu di 12 buah sekolah yang terpilih di Hulu Terengganu.Khidmat bantu yang berlangsung dari 3 Jul dan majlis penutupnya berakhir pada 6 Julai turut disertai oleh PTP 2 dari setiap PKG Terengganu dan beberapa Guru Perpustakaan Media dari sekolah-sekolah yang terdekat.Program ini bertujuan membantu PSS Daerah Hulu Terengganu untuk meningkatkan lagi penggunaan PSS, pengurusan rekod, keceriaan dan susun atur perlatan serta program bacaan (NILAM). Secara amnya program khidmat bantu PSS di sekolah ini merupakan pemangkin dan kepada program peningkatan akademik murid di sekolah berkenaan. Majlis Penutup telah berlangsung di SMA Mahmudiah Hulu Terengganu.

01 July 2011

MESYUARAT PENCAPAIAN SKT SETENGAH TAHUN 2011


Mesyuarat Pencapaian SKT Pertengahan Tahun BTPN Terengganu dan PKG Terengganu telah diadakan pada 26-28 Jun 2011 di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua Pegawai BTPN Terengganu dan PKG Terengganu.

kredit foto dan berita : UIICTKP

KURSUS KEPIMPINAN TRANSFORMASI BTPN-PKG 2011




Bermula 20 - 22 Jun 2011, telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Transformasi Pegawai BTPN-PKG Negeri Terengganu yang telah dijalankan di Sutra Beach Resort, Setiu, Terengganu. Kursus ini berfokuskan kepada kepimpinan dalam organisasi di mana ucap utama KPP pada malamnya menjurus kepada komitmen dan halatuju sebenar dengan halaju dan matlamat yang sama untuk mencapai visi dan misi BTPN Terengganu.

kredit : btpntrg.net
foto : anitapkgtj