31 May 2011

LAWATAN PKG GELANGGI DAN PKG TEMIN



PKG Gelanggi & PKG Temin, Pahang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di BTPN Terengganu pada 22 – 24 Mei 2011. Lawatan telah disertai oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah ahli PKG berkenaan. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En. Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan BTPN Terengganu). Selepas sesi di BTPN Terengganu, ahli-ahli rombongan telah melawat English Theme Park Kuala Terengganu di PKG Tok Jiring. Taklimat berkaitan ETP KT ini telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Tok Jiring, Cik Anita @ Aziza bt Mohamad. Peserta-peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan mengunjungi beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan membeli-belah di Pasar Kedai Payang.

kredit berita :UIICTKP

23 May 2011

SESI PEMANTAPAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2011




Tarikh : 23 Mei 2011 ( Isnin )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Syura, SMKA Tok Jiring

15 May 2011

Selamat Hari Guru

“GURU PENJANA TRANSFOMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kami warga PKG Tok Jiring mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru kami yang telah mendidik dan mengasuh kami suatu masa dahulu. Jasa dan baktimu tetap dalam ingatan.