16 December 2010

PENGAMBARAAN ETP OLEH EXXONMOBIL







MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 16 DISEMBER 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : PKG TOK JIRING

LAWATAN BTPN PULAU PINANG





Satu rombongan dari BTPN Pulau Pinang telah melawat BTPN Terengganu pada 15 Disember 2010. Lawatan itu diketuai oleh Ketua Sub Unit Latihan BTPN Pulau Pinang, En. Salim bin Sharif berserta 30 orang Pembantu Tadbir dan Juruteknik Komputer daripada BTPN dan PKG Negeri Pulau Pinang. Satu taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En. Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit UIICTKP). Peserta-peserta lawatan juga telah mengambil kesempatan melawat beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan Pasar Kedai Payang. Terima kasih di atas kunjungan tuan.

KREDIT: UIICTKP btpntrg.net

12 December 2010

JEJAK MAKLUMAT ANJURAN PPAT DENGAN KERJASAMA BTPNT DAN JKM TERENGGANU


Walaupun negeri Terengganu kini telahpun memasuki fasa musim tengkujuh, penganjuran pertandingan Jejak Maklumat yang dikelolakan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dengan kerjasama BTPN Terengganu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya meskipun keadaan cuaca kurang mengizinkan.

Pertandingan yang diadakan pada 4 Disember 2010 bertempat di PPAT ini telah disertai oleh 150 orang peserta yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pusat Aktiviti Kanak-Kanak JKM Kuala Terengganu dan selebihnya adalah daripada peserta-peserta “walk-in”. Seramai 40 orang petugas yang melibatkan ketiga-tiga pihak ini hadir membantu bagi memastikan program ini berjalan lancar.


Sebanyak lima segmen telah diadakan sepanjang pertandingan ini berlangsung iaitu Sampaikan Pesananku, Isu Semasa, Pemikiran Kreatif, Uji Minda dan Kemahiran Perpustakaan yang diketuai oleh Encik Zaidan bin Jamaludin, Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP BTPNT. Di akhir pertandingan, satu sesi rumusan telah disampaikan oleh Encik Nize bin Muhammad, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh Cik Mardiah bt. Mohamad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Terengganu dan Puan Rohayah bt. Yahya yang mewakili Tuan Pengarah PPAT.


Diharapkan jalinan hubungan kerjasama BTPN Terengganu bersama-sama kedua-dua agensi ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melestarikan pendidikan di negeri Terengganu.

TAKLIMAT PERTANDINGAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT 2010


Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sedang berusaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negeri Terengganu terutamanya pelajar sekolah bagi mengisi masa cuti panjang mereka sempena cuti akhir persekolahan 2010. Ekoran daripada itu, pihak PPAT telah mengambil inisiatif dengan membuat satu pengisian iaitu Pertandingan Program Jejak Maklumat pada 4 Disember 2010 bertempat di PPAT Kuala Terengganu. Sehubungan itu, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah diberikan kepercayaan penuh oleh pihak PPAT bagi mengetuai dan mengendalikan program ini. Selain itu juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu turut menjalinkan kerjasama bagi membantu sama.

Satu sesi taklimat yang melibatkan ketiga-tiga pihak ini telah diadakan pada 1 Disember 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, PPAT Kuala Terengganu. Taklimat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal bt. Abdul Fatah dan sesi penerangan bagi program ini telah disampaikan oleh En. Zaidan bin Jamaludin, Pegawai Teknologi Pendidikan, UPSP BTPNT.

Antara yang turut hadir adalah Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT, En. Nize bin Muhammad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat PPAT, Puan Rohayah bt. Yahya, Pegawai-Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu, pegawai-pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu serta pegawai dan staf PPAT yang terlibat dalam program ini.

Di akhir taklimat ini, para Fasilitator telah diberikan satu taklimat khas oleh Ketua Fasilitator di stesen atau segmen masing-masing.

kredits : http://btpntrg.net

01 December 2010